Konsert The Band Minggu 3

Ada yang menyaksikan Konsert The Band semalam? Berbanding Konsert The Band minggu 1 dan minggu 2, Konsert The Band Minggu 3 ermm..bagi aku kurang best. Faktor utamanya tarian mereka. Macam tak kena dengan lagu. Persoalannya kan..mesti ker semua part lagu diselitkan dengan tarian? Melihat pada persembahan peserta The Band di minggu 3 ni, macam tengok persembahan kanak-kanak riang. Part bergolek di lantai tu rasa kureng sesuai.    

Paling kesian kat kumpulan Rania. Lontaran vokal bagus, penghayatan lagu bagus tapi sayangnya koreografi tarian mereka menghancurkan segalanya. Aku sokong sangat bila Pak Nil cakap, tarian mereka macam renang berirama. Hihi..aah..memang benar pun. Pendek kata, suntikan tarian yang kurang sesuai momentnya, menjadikan beberapa persembahan team peserta dalam Konsert The Band Minggu 3 ni kelihatan serabut.

Komen penonton persembahan The Band Minggu 3:

Konsert The Band Minggu 3

Konsert The Band Minggu 3, komen penonton the band

Overall, team The Band yang memikat hatiku bagi minggu 3 ni ialah Xcess, Xtrim dan Tiara. Manakala, pihak ejen The Band memilih Xtrim kumpulan terbaik di Konsert The Band Minggu 3. Tahniah diucapkan buat Xtrim! Jom tengok gambar semasa Konsert The Band Minggu 3 berlangsung semalam.

Gambar Konsert The Band Minggu 3

Team The Band: Xcess Ahli Xcess: Zulyasrani, Allan Anderson, Aizat, Zaha Dulla, Danish Dash Lagu: One in a million & Selamanya
Team The Band: Xcess
Ahli Xcess: Zulyasrani, Allan Anderson, Aizat, Zaha Dulla, Danish Dash
Lagu: One in a million & Selamanya

Team The Band: Rania Ahli Rania: Jen Shukri, Rich Norrye, Diana, Wanie Ooi, Heela Monica Lagu: Unfaithful
Team The Band: Rania
Ahli Rania: Jen Shukri, Rich Norrye, Diana, Wanie Ooi, Heela Monica
Lagu: Unfaithful

Team The Band: Alpha Ahli Alpha: Qiqil, DLS, Eriko, Ikhwan Lee Lagu: Kerna sayang & End of the road
Team The Band: Alpha
Ahli Alpha: Qiqil, DLS, Eriko, Ikhwan Lee
Lagu: Kerna sayang & End of the road

Team The Band: Tiara Ahli Tiara: Zera Hariz, Ayu G, Iffah, Farahain Lagu: Awan yang terpilu
Team The Band: Tiara
Ahli Tiara: Zera Hariz, Ayu G, Iffah, Farahain
Lagu: Awan yang terpilu 

Team The Band: Xtrim Ahli Xtrim: AJ, One Juicy, Akmal Ayub, A.G, Hadi Jaidi Lagu: Keabadian Cinta & Mirror
Team The Band: Xtrim
Ahli Xtrim: AJ, One Juicy, Akmal Ayub, A.G, Hadi Jaidi
Lagu: Keabadian Cinta & Mirror

Team The Band: Anggun Ahli Anggun: Tiara Ross, Shenty, Pam, Firqin, Mustika Lagu: If Ain’t Got You
Team The Band: Anggun
Ahli Anggun: Tiara Ross, Shenty, Pam, Firqin, Mustika
Lagu: If Ain’t Got You

Kredit foto to Astro Gempak

Konsert The Band diadili oleh Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim dan Syafinaz Selamat sebagai ejen The Band. Manakala, Awal Ashaari sebagai pengacara Konsert The Band.

Saksikan Konsert The Band
Hari: Sabtu
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Mustika HD 134

4 comments

ha...rancangan ape ni... x penah tahu pun..huhu

hihi, malas nak tengok, ada impak pada anak-anak yang semakin membesar..


EmoticonEmoticon