Khasiat Madu

Sebut sahaja perkataan madu, terbayang kek dan minuman yang boleh dihasilkan melalui penggunaan madu. Rasanya bukan sahaja sedap, tetapi mujarab dalam perubatan dan kecantikan. Khasiat madu lebah bagi tujuan perubatan sememangnya diketahui umum. Hari ini madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia. 

Madu adalah salah satu penawar yang tertua di dunia. Walaupun rasanya manis, ia mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat untuk manusia. Madu mempunyai 1,001 kebaikan dan khasiat. Tidak dinafikan madu sa­ngat baik untuk sistem badan kita. Namun, sejauh manakah kita tahu khasiat madu?

Nak tahu kandungan yang ada dalam madu? Madu mengandungi mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Secara semula jadi, madu berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3. Madu sememangnya banyak memberi manfaat untuk kesihatan manusia. Berikut adalah beberapa kebaikan madu yang boleh kita peroleh:

Khasiat Madu:


1. Melegakan sakit tekak dan batuk
Madu mempunyai sifat antibakteria yang mampu menghalang jangkitan bakteria dan mengurangkan kesakitan.

2. Merawat luka dan cedera ringan
Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

3. Baik untuk sistem pencernaan badan
Madu boleh mengelaksembelit, masalah tidak lawas dan melegakan sakit perut.

4. Menjadikan kulit lebih cantik
Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan, melembap dan menghaluskan kulit.

Khasiat Madu, manfaat madu, kelebihan madu, kebaikan madu, kepentingan madu untuk kesihatan

Kegunaan Madu:
Jika disapu pada rambut dan kulit kepala, madu boleh melebatkan rambut, membunuh kutu dan menghilangkan kelemumur. Jika digunakan untuk menggosok gigi, ia boleh memutihkan dan mengilatkan gigi. Bahan aktif di dalam madu yang dipanggil eucalyptol mampu bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah jangkitan kuman dan kulat.

Kebaikan madu dari sudut perubatan Islam:
Madu memang dijadikan ubat dalam perubatan Islam berdasarkan dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia,” (Al-Nahl 16:68)
Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat mengikut nasihat al-Quran, maka Allah SWT akan me­nyembuhkannya daripada 77 penyakit.

“Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu. Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat memusatkan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Seperti perubatan moden, kaedah mengambil madu perlu diambil mengikut dos yang ditetapkan sesuai dengan penyakit dialami. Jika dosnya kurang, ia tidak mengurang­kan sakit. Jika dosnya berlebihan pula, ia boleh membahayakan badan dan menimbulkan masalah lain. Untuk kes tertentu, pesakit perlu menambah dos madu sehingga mencapai tahap penyakitnya boleh sembuh dengan izin Allah SWT.

Terdapat satu kisah Rasulullah SAW menyuruh seorang lelaki meminum madu untuk mengubati sakit perutnya. Lelaki itu hanya me­ngambil dalam dos yang sama sebanyak beberapa kali. Ini menyebabkan sakitnya tidak pulih kerana dos madu yang diambil tidak mampu untuk membuang kotoran sepenuhnya di dalam perut. Selepas lelaki itu datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu sakitnya belum pulih, Rasulullah SAW sangat faham dos yang diambil lelaki itu tidak mencukupi. Nabi menekankan bahawa lelaki itu perlu terus menambah dos madu sehingga mencapai dos sesuai untuk merawat penyakit.

Dengan manfaat dan amalan perubatan dari dunia moden dan alternatif seperti perubatan Islam, madu tidak syak lagi adalah makanan yang bermanfaat untuk kesihatan kita. Inilah masanya kita mendapatkan kebaikan daripada khazanah alam ciptaan Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya.
 Sumber: Harian Metro

See, banyak manfaat madu. Kerana khasiat madu yang begitu tinggi, kini madu telah dikomersilkan, dijadikan perniagaan. Dahulunya aku kurang suka pada madu, sebab rasanya manis. Now, dah tahu banyak khasiat dan kelebihan madu dalam kesihatan kita, sekali sekali madu dimasukkan dalam makanan dan minuman. Nak jugak kulit secantik baby kan. Hihi..

17 comments

'madu' yang lagi satu tu byk khasiat tak? :-p

kalau anak batuk tak elok2 pon akak cari madu bagi dia minum...baru elok..

madu yg mana 1?
madu 3 dlm citer p.ramlee tu ke? hihi

Mmg banyak khasiat madu tok ;D

Madu memang sedap dan berkhasiat :)

Madu sememangnya penawar yang mujarab...

Salam yumida..lama kak intan x singgah sini..sebab lama x buka blog dan x bw...yumida sihat? memang banyak khasiat madu ni

Alhamdulillah... Lama dh x mkn ubat btuk... Madu juga mknn sunnah...

Tak pernah try madu lg...lepas ni insyaAllah akan mempertimbangkan utk minum madu.

Madu kalau makan dengan waffel mesti sedap. lapar pulak dina

Madu mmg bnyk manfaatnya kan... subhanallah.. kdg2 saya suka letak madu minum dgn teh limau.. sedap juga buat minum2 ptg.. :)

memang di akaui madu byk khasiatnya..

waaaaaa... baruu tauu.. seriously !!

madu mmg banyak khasiatnya.. ianya tak dapat disangkal lagi..

Patutnya setiap rumah harus ada madu lebah ni.. boleh digunakan apabila diperluakan..


EmoticonEmoticon