Bila diri
dilanda sembelit, asyik-asyik nak ke tandas je. Tapi membuangnya tidak. Meneran
je banyak. Eh ada yang tak tahu apa itu
sembelit ke? Maksud sembelit: Sembelit
berlaku apabila seseorang mengalami kesukaran untuk buang air besar atau sukar
untuk berak. Jom ketahui petua merawat sembelit seperti berikut.
6 Cara Atasi Masalah Sembelit
1. Makan
pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buah segar dan
sayuran. Pendek kata amalkan pemakanan sihat untuk elak masalah sembelit. Kalau
nak tahu, makanan menjadi punca kita mendapat sembelit. Jadi mulai sekarang waspada
apa yang kita makan.
2.
Minum banyak air adalah cara tangani kesukaran buang air besar (BAB) atau sukar
untuk berak. Lebih bagus kalau minum air
kosong. Air mineral lagi terbaik banyak khasiat.
3.
Lakukan senaman secara berkala juga kaedah merawat sembelit.
Nak elak sembelit? Cuba 6 petua merawat sembelit seperti dikongsikan |
4.
Jangan menahan atau menangguhkan jika mahu membuang air besar. Penyelesaian
masalah sembelit bila rasa nak berak, berak terus!
5.
Tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu. Kalau macam
aku, setiap pagi aku akan membuang air besar. Alhamdulillah, sistem pencernaan
yang bagus. Mudah lawas. Lega perut bila dah berak.
6. Sekiranya
tabiat membuang air besar berubah, dapatkan pemeriksaan doktor. Sumber: Sembelit
Haaa,
buat yang selalu dapat sembelit tu, cubalah 6 cara atasi masalah sembelit seperti di atas. InshaAllah moga berjaya
mengelakkan diri anda daripada sembelit,
seterusnya menghindarkan buasir. Selamat
mencuba.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
4 comments
heheh.. terima kasih kerana berkongsi
info yang bagus ni...
pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #21 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/12/senarai-url-blog-21.html
maaf ya sangat-sangat, mia baru je sempat nak blogwalking ni... (^_^)
cik en kerap jadi cmni. ken arajin makan betik.. papaya :)
Betul tu sis. Slps kene sembelit.. trs cari info spya sembelit tk berulang. Tq sis