Ajal
Maut, Jodoh & Rezeki Adalah Rahsia Allah
1.
Jodoh
Tak
ada siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna
kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh.
Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita. Kenapa eh?
Jodoh
itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu, banyak berdoa pada Allah
dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa
yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga.
Setiap
hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh. Jadilah yang
solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah
ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.
2.
Rezeki
Rezeki
pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya
tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah
berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham.
Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat. Ada orang pula
kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result
biasa2. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham.
Kejayaan,
keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila
kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak
pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan
selalu dalam kerisauan.
Rezeki
kita, Allah yang tentukan. Yakinlah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah
itu bukan selamanya. Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang
bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari
ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.
3.
Ajal maut.
Sakit
bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada
yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup mati itu rahsia Allah yang
ditutup rapat-rapat.
Selagi
hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan
bersungguh-sungguh kerana pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada
bila-bila masa. Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita
menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar. Semoga diberikan pengakhiran
yang terbaik di syurga. Sumber
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
3 comments
yakin dan percaya la
betul.. itu yg pasti
Betul tu sis