Punca & Kesan Sembelit

Pernah terkena sembelit? Berkerut-kerut dahi meneran tahi di tandas. Apa itu sembelit? Nak tahu? Sembelit berlaku apabila seseorang mengalami kesukaran untuk buang air besar atau tiba-tiba menjadi jarang berak. Termasuk diri aku sendiri, ada kalanya aku berdepan masalah sembelit. Tak syok eh bila mengalami sembelit. Semua benda dibuat jadi tak kena. Jom tengok apakah penyebab kepada punca terjadinya sembelit.

Punca Sembelit Berlaku
Amalan pemakanan yang kurang baik dikatakan menjadi punca terjadinya sembelit. Ketika makanan bergerak menerusi kolon, ia akan menyerap air daripada makanan yang diambil ketika membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Selepas najis sampai ke rektum, ia menjadi keras kerana kebanyakan air sudah diserap. Sumber: Sembelit

Bagaimana Terjadinya Sembelit
Sembelit berlaku apabila kolon menyerap terlalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembap menyebabkan najis bergerak terlalu perlahan. Akibatnya, najis menjadi keras dan kering. Sembelit boleh berlaku disebabkan kekurangan serat dalam diet dan aktiviti fizikal terutama dalam kalangan warga tua.

Punca dan cara atasi masalah sembelit ketika hamil, sukar berak ketika mengandung, susah buang air besar semasa hamil, makanan sesuai untuk elak sembelit, pil zat besi punca sembelit, buasir wanita hamil, tips elak dan cegah sembelit masa hamil
Gambar sembelit: berjam-jam meneran di tandas

Selain itu, sembelit juga boleh disebabkan sindrom gangguan ketika pembuangan air besar, perubahan dalam kehidupan rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan serta gemar menahan membuang air besar. Oh ya, time mengandung dulu 3 kali aku mengalami sembelit. Stress rasanya, nak berak tapi tak dapat berak.

Kesan Sembelit
Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan kekerapan menahan untuk membuang air besar atau anal fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan najis yang keras meregangkan otot sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku yang menyebabkan darah kelihatan di permukaan najis. Berak berdarah.

Haih..sembelit yang terlalu lama memang menyakitkan. Apatah lagi bila mengakibatkan rektum kita tercedera ketika proses meneran taik. Selepas mengetahui punca dan kesan akibat sembelit, lepas ni kalau kita rasa nak berak, terus je buang air besar kat tandas. Jangan ditahan-tahan.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

5 comments

Lepas ni kena jaga baik-baik diri kita dan keluarga dari masalah sembelit.

selalu jugak sb pemakanan

Uihhh, Seram gila kalau jadi sembelit. Rasa perut penuh + kembung je. Sengsara rasa bila membuang tu, hukhuk.

Sangat sakit bila sembelit. Teringat masa dlm pantang. Nak nangis rasa. Huwaaaa