Peminat Kata Baby Amirah Macam Patung!

Bila masa pulak anak aku jadi artis ni? Hihihi.. Ye aku tak bohong la, memang baby Amirah kalau pergi mana-mana mesti ada je yang suka usik dia, picit-picit paha dan pipi dia. Al maklum la budak pipi pau tu memang menjadi kegemaran orang. Terutamanya golongan makcik-makcik. Tu la peminat fanatik si baby Amirah. Geram betul diorang tengok baby Amirah.

Hari Isnin lepas kami pergi ke pasar kering nak beli tebaloi, sagu dan biskut. Mula-mula sorang makcik je datang sambil borak-borak dengan baby Amirah. Kemudian datang 2 orang lagi makcik, datang dekat nak sentuh baby Amirah.

topi bayi, topi pink
Inilah topi pink yang baby Amirah pakai tu. Harga topi ni RM10.90
Topi ni ada hiasan patung kat depan tu, kat belakang ada rambut ikal kaler maroon, cantik!

Katanya dia suka tengok badan Amirah yang bambam tu, banyak isi. Lepas tu dia cakap, comelnya..macam patung! Kebetulan aku pakaikan dia topi pink comel tu. Hb sebelum ni pun ada cakap, dia pakai topi pink tu nampak macam patung. Aku cakap, taklah. Macam anak Che Ta.

Lepas tu, pergi ke supermarket nak beli air mineral 2 kotak, barang-barang dapur, terjumpa lagi peminat baby Amirah. Banyak eh peminat yang dia jumpa hari tu. Geram betul makcik tu kat dia, comel katanya. Mungkin beginilah perasaan mak-mak artis kan. Jadi perhatian. Orang puji anak kita. Orang suka tengok anak kita. Feeling bahagia je.

Baby Amirah dah 5 bulan dah sekarang. Alhamdulillah, kuat betul dia menyusu, cepat je botol susu dia habis, lepas setengah jam, lapar balik. Kalau dia tengok kami makan, dengan mulutnya terkumat-kamit, menggumam seolah-olah nak makan. Tunggu ye cayang, lagi 1 bulan lagi, tunggu umur 6 bulan baru boleh mamam k.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

4 comments

comel sangat topi Baby Amirah tu.. hehe

Allahu...PC nak juga rasa pengalaman tu yumi...subhanAllah..bersabarlah duhai hati...hye dear amirah..doakan aunty PC ok...muah awak banyak2...

alaaaa ingat ad pic baby amirah hehe..semangat baca smpi hbs ..hehe