Sinopsis Aku Pilih Kamu Episod Akhir

Sinopsis Aku Pilih Kamu Episod Akhir (Episod ke 15) Drama TV3 Slot Samarinda | Adam (Fazren Rafi) masih menaruh hati terhadap Qasya Azara (Dayana Roza), bekas kekasih lamanya namun sayang Qasya sudah berstatus isteri orang. Konflik bertambah tegang apabila suami Qasya iaitu Rizman (Hafidz Roshdi) merupakan adik kepada Adam.

Sinopsis Aku Pilih Kamu episod akhir (episod ke 15) drama TV3 Slot Samarinda, gambar, pelakon, akhir cerita drama Aku Pilih Kamu TV3 tamat, last episode, finale Aku Pilih Kamu, episod terakhir Aku Pilih Kamu TV3
Drama Aku Pilih Kamu Episod Akhir 15

Selama ini, Rizman melayan kasar Qasya, namun Qasya cekalkan hati. Baginya, dialah suaminya dunia akhirat. Sehinggalah dia dimadukan dengan Isabel (Sasqia Dahuri), dugaan yang dilalui Qasya bertambah berat. Ditambah lagi dengan ibu mertuanya iaitu Datin Rosnaida (Zila Bakarin) yang sentiasa membencinya.

Sehinggalah suatu hari, Qasya dihalau dari rumah. Qasya kini tinggal bersama ayah angkatnya iaitu Tan Sri Zainal (Rahhim Omar). Tan Sri Zainal menyayangi Qasya umpama anaknya sendiri. Kebetulan, anak kandungnya juga bernama Qasya. Di rumah besar itu, Qasya sekali lagi bertemu dengan Adam selepas sekian lama.

Pertemuan dengan Adam membuatkan hati Rizman bertambah sakit terhadap isterinya. Baginya Qasya masih mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya itu, yakni abang sulungnya sendiri. Keadaan itu mengeruhkan hubungan mereka.

Walaupun berulang kali Qasya menerangkan dia dan Adam tidak mempunyai apa-apa hubungan, namun Rizman masih tidak percaya. Farouk (Ryzal Jaafar) dan Isabel merancang untuk membunuh Qasya dan Adam. Baginya, mereka berdua penghalang untuk mendapatkan harta wasiat.

Nadiya (Siti Elizad Sharifuddin) isteri kepada Farouk begitu terkejut dengan tipu helah suaminya selama ini. Dia menyangka suaminya ikhlas mencintainya, rupa-rupanya suaminya hanya inginkan harta kekayaan warisan keluarganya.

Datin Rosnaida seperti orang tidak siuman, fikirannya bercelaru, hingga akhirnya dia ditempatkan di pusat pemulihan. Dia merasa begitu bersalah atas perbuatannya terhadap Qasya. Atas bantuan doktor, Datin Rosnaida kembali pulih.

Dia segera pergi menemui Qasya dan meminta maaf atas perbuatannya masa lalu. Qasya dengan hati terbuka menerima permohonan maaf ibu mertuanya. Farouk dan Isabel telah diberkas pihak polis atas dakwaan cubaan membunuh. Datin Rosnaida sendiri begitu terkejut anaknya sanggup merancang untuk membunuh adik-beradiknya sendiri.

Rahsia Qasya akhirnya terbongkar. Tan Sri Zainal sebak dan terharu dapat berjumpa anaknya kembali. Rupa-rupanya anak angkat yang dia ambil berat selama ini adalah anak kandungnya sendiri.

Qasya masih bersugul untuk memilih antara dua. Adam yang beria-ia mendesak dirinya untuk meminta permohonan cerai dari Rizman dan kemudiannya mereka akan berkahwin. Menyatukan kembali cinta lama mereka. Ataupun memilih suaminya sendiri yang sekalipun tidak pernah menunjukkan rasa kasih pada dirinya.

Pilihan terakhir Qasya, dia memilih suaminya sendiri. Mereka kemudiannya dikurniakan cahaya mata. Rizman dan Qasya menyulam bunga-bunga cinta. Tamat.

Pelakon Drama Aku Pilih Kamu TV3
Hafidz Roshdi - Rizman
Dayana Roza - Qasya Azara
Fazren Rafi - Adam
Ryzal Jaafar - Farouk
Siti Elizad Sharifuddin - Nadiya
Sasqia Dahuri - Isabel
Arash Mohd - Dato Mizal
Zila Bakarin - Datin Rosnaida
Rahhim Omar - Tan Sri Zainal

Gambar Drama Aku Pilih Kamu TV3 Episod Akhir
Sinopsis Aku Pilih Kamu episod akhir (episod ke 15) drama TV3 Slot Samarinda, gambar, pelakon, akhir cerita drama Aku Pilih Kamu TV3 tamat, last episode, finale Aku Pilih Kamu, episod terakhir Aku Pilih Kamu TV3

Drama Aku Pilih Kamu Slot Samarinda
Tarikh episod akhir Aku Pilih Kamu disiarkan: 19 Januari 2015
Aku Pilih Kamu TV3 episod akhir – episod 15
Hari: Selasa
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3

Info lanjut:

Biodata pelakon Aku Pilih Kamu TV3:
Biodata Dayana Roza – watak Qasya Azara
Biodata Hafidz Roshdi – watak Rizman
Biodata Sasqia Dahuri – watak Isabel
Biodata Ryzal Jaafar – watak Farouk
Biodata Fazreen Rafi – watak Adam
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

1 comments so far