Pakaian tercampur dengan pampers dalam mesin
basuh! Aaaaa! Penat nak cuci! Ni kes ke 2 barang-barang terpusing sekali dalam
mesin basuh. Kali pertama, pampers tak terburai. Kali ke 2, habis kotor
barang-barang dengan gel-gel dalam pampers tu. lebih teruk daripada terkena
tisu. Kena cuci pakaian tersebut balik. Kena cuci mesin basuh tu dulu sebelum
digunakan balik.
Dengan ketinggian aku yang super comel,
terjungkit-jungkit aku buang sisa pampers tu dalam mesin basuh. Mesin tu agak
besar. Muatan 12kg tu kot kalau tak silap aku. Mesin basuh kat umah my MIL. Kejadian berlaku selepas majlis kenduri akikah. Faham-faham je la, habis kenduri banyak pakaian bertimbun-timbun nak kena cuci. Dah selesai buang gel-gel
pampers dalam mesin basuh, aku pi tekan setting RINSE dan SPIN buang kotoran
pampers.
Mesti ada yang fikir, ni mesti aku tersilap
masuk sekali pampers dalam mesin basuh tu. Tak la, aku hanya bantu bersihkan
mesin basuh tu je. Tak sangka, amat memenatkan. Nasib baik pampers tak ada
tahi! Kalau tak habis kotor pakaian dengan taik. Euw!!
Biasa la, bila barang-barang banyak, tak done
nak semak barang dalam baldi. Main punggah dalam mesin basuh je. juga sebagai
ibu bapa, kena la alert benda macam ni. jangan termasukkan sekali pampers
bersama baju yang anak-anak dah pakai dalam baldi.
Kadang-kadang orang yang membasuh tu, tak
perasan, kita sebagai pemilik pampers anak kita tu la yang bertanggungjawab
asingkan baju anak-anak dengan pampers. Tak kisah la, ibu bapa ke, penjaga ke..
Masukkan pampers terus dalam tong sampah. Jangan masuk sekali dalam baldi.
Dah macam berkempen pulak aku ni. Membayangkan
sahaja dah cukup memenatkan. Apatah lagi dalam dunia nyata, mengutip isi perut
pampers yang terburai dalam mesin basuh. Penat woo..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
6 comments
hehe..mmg sllu akn jadi macam ni bila kita busy , saya pun terjadi...lepas tu dah alert sgt sbb letih nak bersihkan..lagi2 yg lekat kat baju hitam..huhu
hadoii..seksa camtu..pnt..sabar je la yee
tak pernah lah terjadi kat saya sebab saya terus buang dalam tong sampah lampin tu..
Assalammualaikum.. yumida,
rumit gak yumida nak buang sisa pampers yang bertaburan dalam mesin basuh nie kan.. pehh..
mselim3
selalu dulu terkena
perh...mmg thp kesabaran yg tinggi nk cuci wm ni..hihi