Semua
orang mahukan sahabat sejati dalam hidupnya. Tanpa kawan, sunyi sepilah kita keseorangan.
Tapi tak best pula bila ada kawan yang hipokrit. Apa kata kita terapkan dalam
diri kita cara bagaimana menjadi teman sejati. Jom tengok panduan menjadi kawan
sehati sejiwa.
Cara Menjadi Sahabat Sejati Dan Rakan Terbaik
1. Sentiasa
berbuat baik kepada sahabat kita, malah akan melindungi dirinya.
2. Mengeratkan
ikatan persahabatan dan mempamerkan kemesraan sebagai sahabat baik.
3. Menghulurkan
pertolongan kepada kawan kita pada bila-bila masa.
4. Menghargai
pemberian dari sahabat kita.
5. Berusaha
membalas baik kebaikan hati rakan kita.
6. Mempertahankan
sahabat kita daripada dibuli.
7. Ikhlas
berkawan dengan mereka dengan menunjukkan kesungguhan dalam persahabatan.
8. Mengetahui
masalah sahabat kita, ajak bawa berbincang, meluahkan perasaan, meluahkan
masalah dihadapi dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian.
9. Sentiasa
memberikan sokongan kepada rakan.
10. Berterus
terang dan berkata benar tentang sesuatu tanpa berpura-pura menjadi sahabat
hipokrit.
11. Berganding
bahu dan bekerjasama dengan sahabat kita dalam melakukan sesuatu.
12. Mengalah
jika terjadinya konflik, berbeza pendapat atau berselisihan faham. Dengan
mengalah, hubungan kita akan kekal baik. Jika keras kepala, dan sering nak
menang sahaja pastinya menghancurkan persahabatan. Apatah lagi jika ingin
bergelar sahabat sejati.
Kita
juga boleh mengetahui siapa kawan sejati kita dengan melihat ciri-ciri di atas.
Mempunyai best friend BFF dalam hidup kita, membuatkan hidup kita lebih ceria
dan bahagia. Jika ingin mempunyai sahabat sejati, sikap kita dululah yang perlu
diubah. Buang aura negatif, bawa semangat positif. Pastinya orang di sekeliling
akan terkena tempias positif selanjutnya menjadi sahabat sejati kita.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
4 comments
inshaallah
Wah . . Great info :) Cik Pa'in blogwalking sini , done follow here .
insyallah. amin
Disebabkan no.10 tu la... hlg da kwn since tadika. Hurm. Smga dia bahagia.