7 Fakta & Mitos Tentang Sembelit

Meh baca fakta pasal sembelit ni. Boleh jadi ada info yang kita salah faham atau kurang arif bab mitos sembelit. Moga perkongsian ini membantu pemahaman kita mengenai sembelit (kesukaran buang air besar). Jom baca!

7 Fakta & Mitos Tentang Sembelit
1. Mitos: Makanan kaya serat dapat mencegah sembelit.
Fakta: Kadangkala tabiat pemakanan yang kaya serat dapat membantu mencegah sembelit untuk individu sihat. Namun, peningkatan pengambilan serat boleh memburukkan keadaan bagi individu yang mengalami sembelit serius.

2. Mitos: Peningkatan pengambilan cecair dapat melegakan sembelit.
Fakta: Tiada bukti yang menunjukkan pengambilan cecair yang tinggi dapat merawat sembelit kecuali untuk kes sembelit yang disebabkan penyahhidrasi yang serius.

3. Mitos: Kurang bersenam boleh menyebabkan sembelit.
Fakta: (Kadangkala) Walaupun gaya hidup kurang aktif boleh menyebabkan atau memburukkan sembelit dalam kalangan warga tua, ada faktor lain yang turut ­menyumbang kepada masalah berkenaan seperti ubat dan tabiat pemakanan.

4. Mitos: Wanita kerap mengalami sembelit sebelum mengalami kitaran haid.
Fakta: (Kadangkala) Hormon berperanan kecil dalam masalah sembelit, namun bagi sesetengah wanita kekerapan untuk ke tandas dipengaruhi kitaran haid mereka.

7 fakta dan mitos tentang sembelit dan laksatif (ubat julap), salah faham pasal sembelit, cegah sembelit, sembelit ketika hamil, cara atasi rawat sembelit, punca sembelit
Payahnya melalui fasa sembelit. Terseksa meneran di jamban.

5. Fakta: Wanita hamil kerap mengalami sembelit. Ini disebabkan hormon kehamilan yang boleh mengurangkan kelajuan pergerakan makanan dan sisa dalam usus sekali gus menyebabkan sembelit.

6. Mitos: Ubat julap membantu dalam penurunan berat badan.
Fakta: Mengambil ubat julap tanpa keperluan hanya akan mengakibatkan badan kehilangan cecair dan garam.

7. Mitos: Bergantung kepada ubat julap adalah satu kemungkinan.
Fakta: Walaupun sesetengah invidiu yang mengalami sembelit kronik kerap memerlukan ubat julap untuk membantu melancarkan pembuangan najis, tiada kemungkinan pengambilan dos yang disyorkan boleh menyebabkan ketagihan. Kredit: Sembelit
Baru tahu.. 7 fakta dan mitos tentang sembelit sangat-sangat berguna diaplikasi dalam kehidupan harian kita. I hate sembelit! Hahaha…

Informasi sembelit yang anda perlu tahu:
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

5 comments

aduhh.....tension jika sembilt ni....hihihi

aduhh.....tension jika sembilt ni....hihihi

jangan 'simpan' lama-lama. Nanti badan kita penuh toksin. Kena keluarkan juga dengan cara yang 'baik', ok!

Herbalax Melawaskan

tak suka jugak sembelit ni.. buat perut rasa tak selesa..

terlalu byk serat pon agaknya jadi sembelit. tak cukup air pon ya jugak