Sinopsis Drama Ariana Mikhail TV3

Sinopsis Drama Ariana Mikhail TV3 | Ariana Mikhail mengisahkan jodoh yang tak dirancang antara Mikhail (Sein Ruffedge) dan Ariana (Nora Danish). Mikhail yang ketika itu sedang bercuti di Paris bersama rakannya, Jamil (Riezman Khuzaimi) terserempak dengan kehadiran seorang gadis.

Sinopsis drama Ariana Mikhail TV3, pelakon dan gambar drama Ariana Mikhail TV3, Ariana Mikhail episod akhir – episod 15, OST Lagu Tema Ariana Mikhail TV3, Lagu Sedang Apa Dan Dimana - Sammy Simorangkir
Drama Ariana Mikhail TV3 lakonan Nora Danish dan Sein

Misinya nak cari girlfriend orang putih, tapi terjatuh cinta pula dengan gadis melayu. Pertemuan pertama Ariana dan Mikhail telah mencetuskan rasa marah dalam diri Ariana. Ditambah lagi Mikhail langsung tidak meminta maaf kepadanya. Ketika inilah Mikhail dan Jamil mendapat tahu bahawa Ariana merupakan seorang warganegara Malaysia juga.

Insiden kedua yang mempertemukan mereka adalah apabila Ariana menyelamatkan Mikhail daripada dimarahi oleh seorang lelaki apabila dia cuba berkenalan dengan seorang wanita Perancis. Walaupun sudah dibantu oleh Ariana namun sikap Mikhail yang masih tidak berterima kasih dan sombong membuatkan Ariana tidak berminat untuk berkawan dengannya.

Bagi membalas budi, Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail berkali-kali memberitahu Jamil untuk tidak membuang masa dengan Ariana kerana misi mereka adalah untuk mencari wanita Perancis bukan Melayu. Jamil menasihatkan Mikhail supaya jangan bongkak kerana nanti dia akan tergila-gilakan Ariana.

Bak kata orang tua-tua, "Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang." Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta.

Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana.

Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris.

Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail. Saksikan kisah selanjutnya dalam drama Ariana Mikhail di kaca tv anda.

Pelakon Drama Ariana Mikhail TV3
Sein Ruffedge - Mikhail
Nora Danish - Ariana
Riezman Khuzaimi - Jamil
Sharnaz Ahmad – Ray
Zafrul - Johan
Hanez Suraya - Mysara

Gambar Drama Ariana Mikhail TV3 
Sinopsis drama Ariana Mikhail TV3, pelakon dan gambar drama Ariana Mikhail TV3, Ariana Mikhail episod akhir – episod 15, OST Lagu Tema Ariana Mikhail TV3, Lagu Sedang Apa Dan Dimana - Sammy Simorangkir

OST Lagu Tema Ariana Mikhail TV3
Lagu: Sedang Apa Dan Dimana
Penyanyi: Sammy Simorangkir

Saksikan drama Ariana Mikhail di kaca tv anda
Tarikh drama Ariana Mikhail mula disiarkan: 4 Januari 2016
Tarikh tamat Ariana Mikhail: 27 Januari 2016
Ariana Mikhail episod akhir – episod 15
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 2.00 petang – 3.00 petang
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

1 comments so far