Sinopsis Novel SHA
& SHAH | SHA & SHAH
mengisahkan sahabat sejati Farisha dan Shah. Itulah istilah yang paling sesuai
untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz
Ameerul Shah a.k.a Shah.
Sejak kecil
mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil
keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang
sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.
Kepulangan
Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita
yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka
telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika.
Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut.
Walaupun dia
menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk
menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung
tidak memaksa sekiranya perancangan
mereka
mendapat tentangan.
Disebabkan
tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai
dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja
dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja
jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri.
Pada mulanya
rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap
keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati
terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya
wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? Sanggupkan dia
korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai?
Shah pula,
waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu
hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan
kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.
Bagaimanakah
kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti
pasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami
sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah
pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? Nak tahu
kisah selanjutnya? Dapatkan novel Sha dan Shah di bookstore
berdekatan.
Gambar Novel SHA
& SHAH
Penulis novel SHA & SHAH: Sha Ibrahim |
Harga novel SHA
& SHAH: RM26 – RM29
Drama
adaptasi novel sering menjadi pilihan pengarah dan penerit. Kalau nak tahu,
novel SHA & SHAH juga antara karya yang dijadikan drama tv. Nanti kita tonton kat tv k.
Novel SHA &
SHAH merupakan novel
antara yang terlaris dijual tahun 2016. Jom dapatkan novel SHA & SHAH
di pasaran!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
1 comments so far
anda di tag.. :)
http://akubukaninnocent.blogspot.com/2016/01/pencarian-bloglist-feb-mac-by-afidah.html