Hikmah Di Sebalik Musibah Sakit

Bila ditimpa sakit, ramai di antara kita sering mengeluh. Menyalahkan takdir yang menimpa diri. Tetapi tahukah kita semua, setiap sakit yang menimpa kita itu ada hikmahnya.

14 Hikmah Di Sebalik Musibah Sakit
1) Sakit itu Zikrullah.
Mereka yang diuji dengan sakit lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.
2) Sakit itu Istighfar.
Kita akan mudah teringat akan dosa kita ketika sakit sehingga mudah bibir untuk beristighfar memohon ampun.
3) Sakit itu Muhasabah.
Orang yang sakit akan lebih banyak waktu utk merenung diri dalam sepi dan menghitung bekal untuk dibawa apabila kembali ke rahmatullah.

4) Sakit itu Jihad.
Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar sedaya upaya agar cepat sembuh.
5) Sakit itu Ilmu.
Sakit akan membuat kita mencari ilmu seperti belajar tentang khasiat herba, menghafal ayat syifa', ruqiyyah dan lain-lain sebagai penawar dan pendinding dari sakit. Pengalamannya pula lebih menyediakan kita untuk mencorak hidup yang boleh mengelakkan berulangnya penyakit itu. Dan, berkongsi pengalaman ini dengan orang lain.
6) Sakit itu Nasihat.
Mereka yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar menjaga diri. Yang sihat pula menasihati yang sakit agar bersabar.

14 hikmah di sebalik musibah sakit, sakit itu ujian hidup, cabaran dan dugaan kehidupan, rahsia di sebalik sakit, sakit dan musibah penghapus dosa, hikmah sakit menurut islam

7) Sakit itu Silaturrahim
Ahli keluarga, sahabat dan jamaah yang jarang berjumpa akan datang menziarahi, penuh senyum, rindu mesra dan dengan buah tangan lagi.
8) Sakit itu Gugur Dosa.
Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian daripada dosa yang telah dilakukan.
9) Sakit itu Mustajab Doa.
Orang yang sakit mustajab doanya. Imam As-Suyuthi mengelilingi kota mencari orang yang sakit agar dapat mendoakannya.

10) Sakit itu Menyusahkan Syaitan.
Orang yang sakit apabila diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.
11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.
Satu sikap keinsafan yang di sukai oleh Anbiya' dan makhluk di langit.
12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah.
Solat orang sakit lebih khusyuk terutama dalam rukuk dan sujudnya apabila ia banyak bertasbih dan beristghfar, berdoa dan meminta ampun agar sakitnya segera sembuh.
13) Sakit itu memperbaiki akhlak.
Kesombongan terkikis. Sifat tamak dipaksa tunduk. Peribadi akan menjadi sopan santun, lembut dan tawaduk.
14) Sakit mengingatkan kita akan Mati
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk lebih beramal dan beribadat. sumber

Dengan mengetahui Hikmah Di Sebalik Musibah Sakit, menjadikan kita sentiasa bersabar apabila ditimpa sakit. Sakit itu peluang mendekatkan diri denganNya. Semoga kita mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah SWT.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

5 comments

Sakit itu besar rahmatnya untuk orang yang bersyukur :)
Terima kasih untuk perkongsian :)

TQ, ingatan buat yang sihat juga..;)

Ya. Beruntung jika sakit. Sakit itu penghapus dosa. InsyaAllah sama2 kita beringat