Telefilem Alien Planet Cinta (Astro)

Sinopsis Alien Planet Cinta (Astro) Alien Planet Cinta mengisahkan Amalisa (Atikah Suhaime) melarikan diri dari rumah kerana enggan bertunang.

Sinopsis telefilem Alien Planet Cinta siaran Astro, pelakon dan gambar telefilem Alien Planet Cinta, biodata pelakon telefilem Alien Planet Cinta (Astro)
Telefilem Alien Planet Cinta siaran Astro

Amalisa kemudiannya bertemu dengan ‘musical truck’ lalu mengembara bersama. Semasa mengembara, timbul rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. 


Dino kecewa apabila mengetahui rahsia Amalisa telah terbongkar. Rupa-rupanya Amalisa berasal dari keluarga berada dan kaya. Namun apa yang lebih mengguris hati Dino, orang yang dicintainya bakal menjadi tunangan orang!

Amalisa merupakan bakal tunang kepada Burhan (Ariff Aziz). Burhan yang begitu bongkak dengan status kayanya mendesak Amalisa agar kembali balik ke rumah. Namun, Amalisa enggan menuruti perintah. Amalisa masih mahu berada di sisi Dino dan Dini.

Ketika sedang membuat persembahan, orang-orang Burhan datang dengan lagak samsengnya. Keadaan menjadi kucar-kacir. Dalam hura hara tersebut, mereka sempat menyelamatkan diri menaiki van namun tidak lama selepas itu, mereka terlibat dalam kemalangan.

Dino dan Dini hanya cedera ringan. Amalisa masih terlantar di hospital. Kerana bimbang keselamatan Dino dan Dini diancam oleh Burhan, Amalisa kembali ke pangkuan keluarganya. Pemergian Amalisa membuatkan Dino kesedihan.

Jiwa Amalisa kosong. Dia masih terkenangkan kenangan antara dia dan Dino. Walaupun dirinya bakal bergelar tunang orang, namun tiada sikit pun cinta antara dia dan Burhan. Hanya Burhan yang beria-ia mendesak agar pertunangan mereka dipercepatkan. Amalisa berterus terang terhadap Burhan bahawa dirinya tidak dapat meneruskan lagi hubungan mereka. Pertunangan yang diatur dibatalkan serta merta. Burhan kecewa.

Amalisa pergi ke tempat Dino dan Dini selalu membuat muzikal. Namun, tidak menjumpai mereka. Mujur ada bekas rakan lama Dino di situ. Acap (Naim Shamsol) menunjukkan tempat baru Dino membuat persembahan.


Amalisa bertemu kembali dengan Dino. Dino begitu terkejut melihat kehadiran Amalisa. Kedua-duanya meluahkan perasaan yang terbuku lama di hati masing-masing. Bunga-bunga cinta bersemi. Amalisa bahagia kembali di sisi Dino. – Tamat - Tonton lakonan Fattah Amin, Harris Baba dan Atikah Suhaime menerusi telefilem Alien Planet Cinta di kaca tv anda.

Pelakon Telefilem Alien Planet Cinta
Amalisa – Atikah Suhaime
Dino – Fattah Amin
Dini – Harris Baba
Acap – Naim Shamsol
Beto - Nurairy Rahman
Burhan - Ariff Aziz
Datin Maria - Anis

Gambar Telefilem Alien Planet Cinta
Sinopsis telefilem Alien Planet Cinta siaran Astro, pelakon dan gambar telefilem Alien Planet Cinta, biodata pelakon telefilem Alien Planet Cinta (Astro)
Alien Planet Cinta lakonan Atikah Suhaime dan Fattah Amin

Sinopsis telefilem Alien Planet Cinta siaran Astro, pelakon dan gambar telefilem Alien Planet Cinta, biodata pelakon telefilem Alien Planet Cinta (Astro)
Si kacak Fattah Amin dengan gitarnya dalam telefilem Alien Planet Cinta
Original Sound Track OST Alien Planet Cinta
Lagu: Jatuh Cinta
Penyanyi: Nurhairy Rahman feat Atikah Suhaime

Lagu Tema Drama Alien Planet Cinta
Lagu: Sehingga Terhenti Dunia
Penyanyi: Atikah Suhaime

Saksikan telefilem Alien Planet Cinta
Tarikh disiarkan Alien Planet Cinta disiarkan: 21 November 2015
Hari: Sabtu
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123

Biodata pelakon telefilem Alien Planet Cinta:
Biodata Atikah Suhaime – watak Amalisa
Biodata Fattah Amin - watak Dino
Biodata Harris Baba - watak Dini
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓