Antara
laman sosial yang sering kita buka seperti Facebook, Twitter, Instagram ermmm
apa lagi erk. YouTube, UmmaLand, Keek (eh ada yang masih aktif dengan keek ke?)
dan sebagainya. Kalau dulu ada Friendster, MySpace blablabla… Tapi penggunaan Facebook paling lagend! Paling lama
digunakan, paling mudah digunakan!
Blog versus
Facebook. Aku lebih menumpukan blog
berbanding Facebook. Sehari aku
peruntukkan 2 jam untuk kemaskini
blog termasuk up entry, mencari idea, menaip, ping artikel kat laman sosial. Tak
berasa cepatnya masa berjalan.
Untuk
Facebook pula, aku peruntukkan
sekitar 40 minit membaca news feed
perkembangan terkini kengkawan termasuk la membaca komen. Baca info bermanfaat
gak yang dikongsi rakan Facebook lain, umpamanya tips blogging, tips melabur,
tips rumahtangga, tips suami isteri. Kalau rajin tu, aku menyelit komen sekali.
Kalau internet slow, x mengizinkan, kesuntukan masa, tengah dilanda mood malas,
just skrol-skrol je news feed di Facebook.
Ianya
tak la 40 minit sekaligus. Setiap sesi buka laman Facebook mungkin hanya ambil masa sekitar 5 minit. Dalam sehari,
buka 8 kali (kira kasar je la). Bangun tidur, pagi, tengah hari, petang, malam,
tengah malam, awal dini pagi, sebelum tidur.
Kengkadang
tak ada niat pun nak buka Facebook tapi
jari ni macam mesin automatik. Macam habit kita buka peti ais, walaupun tak ada
apa-apa kita nak ambil. Tetapi tangan memandai je buka pintu peti ais tu
sendiri. Cenggitu la. Korang pulak? Berapa
tempoh masa diperuntukkan korang untuk buka, baca, mengomen dan menghadap Facebook?
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
kalau facebook tak lama pon..if let say tak update apa2 just scroll jer..setengah jam je kot..hehe..tapi kat blog lame la jgk..
Salam. Dulu lama jgk sekrg tak la. Macam xde ape je. Kalau blog sgt lama hahah. Singgah dr blog kak mia
bpe ek..hahaha..buka je laptop mmg log in fb la..hehehe
tak aktif sgt fb sejak ada wechat dan whatsapp ni
PC ke blog saja.. :)