Sinopsis Drama
Janda Muslimah TV2 Galeri Famili | Janda Muslimah mengisahkan 3 sahabat yang berkawan rapat
semenjak kecil hinggalah ke besar. Ketiga-tiganya pernah berkahwin, namun
status mereka yang terkini bergelar janda. Meskipun bergelar janda, mereka
sentiasa menutup aurat dan saling mengingatkan, menegur dan memberi nasihat antara
satu sama lain.
Drama Janda Muslimah bersiaran di TV2 |
Munawarah /
Muna (Julia Ziegler) bercita-cita ingin menjadi usahawan dengan membuka butik
pakaian. Dia ingin membuat perniagaan dalam talian. Jualan menerusi shopping online.
Suami Muna telah lama meninggal dunia, demi kasihnya pada arwah suaminya, Muna
sanggup memegang status janda solo dan tidak pernah jatuh cinta pada lelaki
lain.
Maryam / Yam
(Intan Ladyana) diceraikan suaminya kerana suaminya jatuh cinta pada janda
kampung sebelah. Hal itu menyebabkan hati Yam hancur dan tidak mahu memberi
peluang pada bekas suaminya untuk kembali. Azlan Mokhtar seringkali meminta Yam
agar rujuk semula namun permintaan suaminya tidak diendahkan. Dia yang begitu obses
pada bekas isterinya tidak dapat menerima kenyataan, dia sanggup membuat apa
sahaja demi menarik perhatian bekas isterinya itu.
Latifah
(Sharifah Nadia) pula diceraikan suaminya ketika hari ke 2 selepas majlis
pernikahan mereka. Terjadinya salah faham ketika membincangan isu dara hingga
menyebabkan bekas suaminya iaitu Jalil (Zull Edward) meninggalkan dirinya. Lebih
menghancurkan hati Latifah, suaminya begitu bahagia berkahwin lain dengan
isteri barunya (Yaya Maembong).
Keputusan Latifah
untuk ke Kuala Lumpur telah menyebabkan Muna dan Yam turut ikut serta. Yam yang
sebelum ini menjadi ustazah di sebuah sekolah sanggup meletak jawatan dan
mencari peluang kerja baru di KL. Begitu juga dengan Muna, Muna ingin membuka
perniagaannya di KL. Bermulanya kehidupan 3 sahabat bergelar janda muslimah
ini di Kampung Baru Kuala Lumpur.
Drama Janda Muslimah TV2 menampilkan pelakon Julia Ziegler dan Aqasha |
Hari pertama
menjejak kaki di KL, Latifah terpaku melihat ketampanan Zahir (Aqasha). Zahir dan
Latifah saling bertentangan mata. Wan (Wan Raja) adalah sahabat Zahir. Dia juga
turut terpesona dengan keayuan Yam.
Muna membelek
selendang dan buku yang diberikan oleh Mazlan (Qazeem Nor) sebelum
keberangkatannya ke KL pada pagi itu. Ternyata Mazlan menaruh hati pada Muna
dalam diam. Muna menjadi serba salah apabila masih teringatkan suaminya yang
telah meninggal itu. Adakah akan ada jodoh antara Muna dan Mazlan?
Bagaimana pula
dengan kisah cinta sahabat karibnya? Adakah Yam dan Wan bakal memadu kasih? Adakah
Zahir bakal bergelar suami Latifah ataupun Muna? Tonton segalanya dalam drama Janda
Muslimah di kaca tv anda. Baca: JANDA MUSLIMAH EPISOD AKHIR
Pelakon Drama
Janda Muslimah TV2
Munawarah /
Muna – Julia Ziegler
Maryam / Yam
– Intan Ladyana
Latifah –
Sharifah Nadia
Zahir –
Aqasha
Wan – Wan
Raja
Ustaz Reqal
– Fiz Fairuz
Rona – Lana
Nordin
Basir – Lan
Siro
Mazlan –
Qazeem Nor
Jalil – Zull
Edward
Isteri Jalil
– Yaya Maembong
Gambar Drama
Janda Muslimah TV2
Saksikan
drama Janda Muslimah Galeri Famili
Tarikh Janda
Muslimah mula disiarkan: 16 November 2015
Hari: Isnin
– Khamis
Jam: 1.00 –
2.00 petang
Saluran: TV2
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓