Harga ketam nipah adalah berbeza mengikut tempat. Ada yang
mahal, ada yang jual ketam nipah murah. Contoh macam kat tempat aku ni, ada
orang jual ketam nipah 1kg RM10 je. Murah kan? Saiznya sederhana besar. Memang puas
la makan isi ketam tu.
Sabtu
lepas, hb beli 2kg ketam nipah. Kena order dulu, nanti bila time musim ketam
diorang akan hantar tempahan ketam nipah. Biasanya, ketam nipah ni aku masak
bersos, memandangkan aku malas nak makan benda-benda manis, so ketam nipah tu
aku rebus je. Pun sedap jugak! Tak makan nasi pun. Meratah ketam nipah sampai
kenyang! Erk..kenyang…
Gambar Ketam Nipah
Foto ketam nipah |
Status Halal Ketam Nipah
Ketam
nipah adalah spesis ketam hidup satu alam dan ia halal dimakan. Ketam
nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis
rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang.
Keseluruhan
edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui
insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai
pelarut. Oleh itu, dari segi hukum ketam nipah ialah binatang yang boleh
dimakan.
Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Sumber: Ketam nipah dan ketam batu
Beza Ketam Nipah dan Ketam Batu
Alhamdulillah,
ketam nipah memang halal dimakan. Cuma
ketam batu je tak boleh dimakan
(haram). Ketam nipah ni kan, makin besar makin sedap! Terutama kat bahagian
cairan otak kuning tu. Pergh! Mabeles!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
Kat sini pun harga ketam boleh tahan murah juga. Puas jugak makan :)
ketam sememangnya mahal
sedapnya .. sy selalu beli ketam yg jual kat pasr..x tau jenis ketam apa
Suka makan ketam masak lemak.....sedap....