Alaa Bib Episod Akhir

Sinopsis Alaa Bib Episod Akhir Drama TV3 Slot Iris (Episod 20) | Bibah / Bib (Nur Risteena Munim) berulang alik ke hospital. Ibunya iaitu Mak Iti (Sheila Mambo) telah diserang sakit jantung dan memerlukan pembedahan segera. Bib berasa risau memikirkan dari mana dia akan mendapatkan wang yang banyak untuk pembedahan ibunya.

Joeran (Syafiq Kyle) tidak dapat menghubungi Bib selepas hantaran pertunangan mereka. Bib telah menghilangkan diri. Langsung tidak dapat dijejaki. Malah, rumah Bib juga kosong, sunyi sepi tiada penghuni di dalam.

Mikail (Iqram Dinzly) menuduh Bib sengaja menghilangkan diri selepas mendapat wang hantaran yang banyak yang mana berjumlah RM50 ribu. Mikail menuduh Bib mata duitan! Dia berang bila mengesyaki Bib telah mempergunakan Joeran untuk kepentingan dirinya yang hanya mahukan wang dan harta yang banyak.

Joeran menasihati Mikail agar bertenang. Jangan berprasangka buruk terhadap Bib. Namun di hatinya masih resah memikirkan ke mana hilangnya Bib.

Mikail dan Joeran terserempak dengan Bib di tepi jalan. Mikail menghamburkan kata amarahnya terhadap Bib. Lokman (Ammar Titan) yang membawa Bib berulang alik ke hospital mempertahankan Bib. Malah mereka berdua hampir sahaja bertumbuk. Namun segera dileraikan oleh Joeran.

Bib menerangkan kepada Joeran bahawa wang hantaran tersebut telah dia gunakan untuk pembiayaan pembedahan jantung ibunya. Dia meminta maaf kepada Joeran kerana telah menggunakan wang tersebut dan berjanji akan membayar balik. Bib rasa bersedih kerana niatnya hanya ingin membantu ibunya pada masa yang sama dia juga kesempitan wang.

Joeran terharu dengan niat murni Bib. Bib telah berubah. Tidak seperti dulu yang hanya memandang kekayaannya sahaja. Joeran memaafkan Bib, malah turut membantu melangsaikan kos pembedahan ibunya. Mak Iti telah selamat menjalani pembedahan.

- Setahun kemudian –
Bib hidup bahagia bersama suaminya. Dia dan Joeran bakal menimang cahaya mata. Mak Iti juga turut bahagia. Dia bersenang lenang berbaring santai di kolam renang. Impian Bib yang dulunya ingin menjadi kaya, tinggal di rumah besar yang punya kolam renang akhirnya menjadi kenyataan. – Tamat -

Pelakon Drama Alaa Bib TV3
Nur Risteena Munim – Bibah / Bib
Iqram Dinzly - Mikail
Atikah Suhaime - Datin Mira
Ammar Titan - Lokman
Syafiq Kyle - Joeran
Sheila Mambo – Mak Iti

Gambar Drama Alaa Bib TV3 Episod Akhir 
Sinopsis Alaa Bib episod akhir drama TV3 Slot Iris, sinopsis episod terakhir Alaa Bib TV3, Alaa Bib episod 20, gambar, pelakon, drama Alaa Bib TV3 tamat, last episode, ending Alaa Bib TV3, episod kemuncak

Saksikan drama Alaa Bib
Tarikh episod akhir Alaa Bib disiarkan: 12 November 2015
Alaa Bib episod akhir – episod ke 20
Hari: Khamis
Jam: 6.30 – 7.00 malam
Saluran: TV3


Info:

Biodata pelakon drama Alaa Bib TV3:
Biodata Risteena Munim – watak Bib / Bibah
Biodata Syafiq Kyle - watak Joeran

Biodata Atikah Suhaime – watak Datin Mira
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

3 comments

Alaa Bib....dah habis rupanya.....
tak sempat tengok...

Harini melepas nak tengok alaa bib. cerita dia best, selalu gelak bila tengok gelagat risteena dalam cerita ni.

sempat jugak tengok episode akhir nih semalam..