1.
Fahaman Islam Yang Disempitkan
Jika
dilihat kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah, dunia Islam sepatutnya
mengepalai isu-isu kemanusiaan dan alam. Malangnya, kita bukan sahaja tidak
mengepalai, bahkan kita dituduh tidak prihatin dalam beberapa isu dunia.
Sebahagian tuduhan itu pula benar.
Ambil
sahaja soal penjagaan alam sekitar. Dunia Islam tidak mengepalainya. Lebih
memalukan apabila negara-negara umat Islam sendiri tidak mengambil berat soal
penjagaan alam sekitar. Bahkan ada negara umat Islam yang begitu kotor. Lebih
memalukan jika kawasan masjid dan tandasnya menjijikkan. Sedangkan dalam masa
yang sama kita berceramah soal taharah, kebersihan pakaian ketika solat,
jenis-jenis air yang boleh diambil wuduk dan berbagai lagi. Bahkan sebahagian
perbincangan dalam masalah fekah bersuci kita begitu sempit dan jumud.
Sehingga
kecenderungan sesetengah tok guru ke arah membatalkan ibadah lebih besar dari
menghukumnya sebagai sah. Namun tinggal sekadar berlegar dalam bab wuduk dan
sembahyang semata. Tidak mampu membawa kepada kebersihan dan kebajikan alam
sekitar.
Dunia
Islam sepatutnya menjadi perlambangan kepatuhan kepada amaran Allah dalam Surah
al-Rum ayat 41:(maksudnya): Telah timbul berbagai kerosakan di darat dan di
laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang
demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan
perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali
(insaf dan bertaubat).
Kerosakan
alam sama ada di lautan atau daratan adalah disebabkan perbuatan manusia. Laut
dan sungai yang tercemar, atau hutan yang binasa adalah dek perbuatan insan
durhaka. Derita yang bakal dihadapi dunia disebabkan pencemaran alam adalah
balasan Allah ke atas jenayah pencemaran tersebut.
2.
Haram Cemarkan Alam Sekitar
Sebaliknya,
di kalangan kita tidak menganggap perbincangan berhubungan dengan menjaga
kebersihan alam dari pencemaran dan kekotoran sebahagian dari tuntutan Islam.
Mereka tidak terbayang bahawa itu termasuk dalam dakwah Islam untuk manusia.
Mereka tidak merasai bahawa perjuangan memelihara alam termasuk dalam amalan
soleh seorang insan.
Sedangkan
baginda Nabi s.a.w menyebut:
مَنْ قَطَعَ سِدْرَةً صَوَّبَ اللَّهُ رَأْسَهُ فِي النَّارِ
“Sesiapa yang memotong pokok bidara maka Allah akan rendahkan kepalanya di dalam neraka” (riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).
مَنْ قَطَعَ سِدْرَةً صَوَّبَ اللَّهُ رَأْسَهُ فِي النَّارِ
“Sesiapa yang memotong pokok bidara maka Allah akan rendahkan kepalanya di dalam neraka” (riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).
Amaran
dan doa Nabi s.a.w. agar Allah mengambil tindakan kepada pemotong atau penebang
pokok bidara kerana kerimbunan pokok tersebut menjadi tempat berteduh manusia
dan haiwan. Maka perbuatan memusnahkannya tanpa sebab adalah suatu
pengkhianatan terhadap manusia dan haiwan. Maka hukumannya adalah neraka.
Al-Imam
Abu Daud dalam kitab sunannya apabila ditanya mengenai maksud hadis ini
menyatakan:
هَذَا الْحَدِيثُ مُخْتَصَرٌ يَعْنِي مَنْ قَطَعَ سِدْرَةً فِي فَلاَةٍ يَسْتَظِلُّ بِهَا ابْنُ السَّبِيلِ وَالْبَهَائِمُ عَبَثًا وَظُلْمًا بِغَيْرِ حَقٍّ يَكُونُ لَهُ فِيهَا صَوَّبَ اللَّهُ رَأْسَهُ فِي النَّارِ
“Hadis ini diriwayatkan secara ringkas. Maksudnya sesiapa yang memotong pokok bidara di tanah lapang tanpa sebarang sebab dan sia-sia, sedangkan ia menjadi tempat berteduh orang bermusafir dan haiwan, maka Allah rendahkan kepalanya dalam neraka”. (Abu Daud, Sunan Abi Daud 4/361, Beirut: Dar al-Fikr).
“Hadis ini diriwayatkan secara ringkas. Maksudnya sesiapa yang memotong pokok bidara di tanah lapang tanpa sebarang sebab dan sia-sia, sedangkan ia menjadi tempat berteduh orang bermusafir dan haiwan, maka Allah rendahkan kepalanya dalam neraka”. (Abu Daud, Sunan Abi Daud 4/361, Beirut: Dar al-Fikr).
ERTINYA
PERBUATAN MENEBANG POKOK ATAUPUN MEMBAKAR HUTAN SEHINGGA MENYUSAH APATAHLAGI
MEMBAHAYAKAN ORANG LAIN ADALAH HARAM!!
3.
Perjuangan Memelihara Alam Sekitar
Demikian
Nabi s.a.w memperjuangkan agar tidak dimusnahkan alam tanpa sebab yang sah.
Bukan sekadarnya kesalahan moral pada penilaian kesusilaan manusia, bahkan
baginda memberi amaran dengan hukuman Allah pada hari akhirat nanti.
Jika
hanya memotong pokok bidara yang membawa kemusnahan tempat berteduh manusia dan
haiwan dihukum dosa dengan balasan demikian rupa, apatah lagi bagi yang
memusnah ekosistem alam yang boleh membawa kemusnahan yang lebih besar. Bahkan
mungkin memusnahkan manusia sejagat.
Maka
mencemarkan alam pada penilaian Islam adalah satu kesalahan dari segi agama.
Justeru, perjuangan memelihara alam adalah sebahagian dari perjuangan agama.
Menyuruh manusia memelihara alam dan melarang mereka memusnahkannya adalah
sebahagian dari kerja dakwah iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah
kemunkaran.
Bahkan penjagaan alam dianggap sebagai satu sedekah berpahala di sisi Islam. Daripada Anas bin Malik r.a.: Katanya: Sabda RasululLah s.a.w:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ أَوْ بَهِيمَةٌ إِلَّا كَانَ لَهُ بِهِ صَدَقَةٌ
"Tidak ada seorang muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung, atau insan atau binatang berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala) sedekah". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Para
sahabah Nabi s.a.w memahami dan mempraktikkan hal ini. Diriwayatkan, ada
seorang laki-laki yang bertemu sahabat Nabi s.a.w yang masyhur iaitu Abu Darda'
ketika itu dia sedang menanam pohon.
Kemudian
orang laki-laki itu bertanya kepada Abu Darda': Hai Abu Darda'! Mengapa engkau
tanam pohon ini, padahal engkau sudah sangat tua, sedang pohon ini tidak akan
berbuah kecuali sekian tahun lamanya. Maka Abu Darda' menjawab: Bukankah aku
yang akan memetik pahalanya di kala orang lain memakannya?
Ajaran
agama janganlah disempitkan bab makanan dan pakaian sunnah (kononnya) sedangkan
dalam masa yang sama membiarkan dunia gelisah dengan kemusnahan alam disebabkan
tangan-tangan kita sendiri yang tidak berpandukan sunnah. Sumber dipetik dari Facebook Dr MAZA - kredit
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
2 comments
assalam
betul tu, kebersihan juga dituntut dalam islam.marilah kita sama sama menjaga bumi allah ini dgn baik.
nice entry