Baby Amirah Suka Dibawa Berjalan

Alkisahnya, Sabtu dan Ahad kami pergi tengok pesta lumba perahu kat Mukah (Regata Mukah). Sukanya si Amirah tu dibawa berjalan. Umur baru je masuk 4 bulan. Tengok orang ramai lalu lalang je hadiahkan senyuman.

Lepas tu ada sorang budak tu duduk kat belakang, baby Amirah asyik nak tengok dia. Lepas tu siap gelak mengekek-ngekek. Suka benar dia. Dah pandai bergurau.

Budak kecik yang suka sangat-sangat apabila dibawa berjalan. Senyum kat orang, gelak mengekek sensorang, air liur makin deras mengalir. Budak bambam yang bikin orang geram bila tengok.
Tak sempat upload gambar terbaru, ambil gambar yang baby Amirah keluar jenjalan 2 minggu yang lepas

Ramai orang tak sangka bila tahu umur baby Amirah. Semalam ada sorang promoter tu terkejut bila aku cakap umur baby Amirah 4 bulan. Dia ingatkan 1 tahun. Sebab saiz baby Amirah kan comel, jadi mesti orang ingat dia dah tua. Hikhik… pipi bambam, tangan ketul-ketul nampak lipatan kat lengan, tinggi, cuma gigi je masih rongak. Lepas tu air liur suka meleleh keluar.

Dalam kereta, letak je dalam infant baby car seat terus tidur. Senang nak bawa baby Amirah jenjalan. Tak banyak meragam. Kecuali kalau lapar, haaa mesti sediakan air cepat-cepat. Kalau tak suaranya tinggi nun sampai ke langit.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

4 comments