Tak Online 2 Hari Mesej WhatsApp Cecah 715. Pengsan!!!

Rasanya korang semua mesti ada applikasi WhatsApp kan? Sebelum adanya WiFi, mana aku tahu menatang nama WhatsApp ni. Adik aku siap promote lagi suruh buat WhatsApp. Nak buat macam mana, kalau pakai sim data memang tak dapat online pun, kat sini takde line 3G, nak ON internet sangat-sangat slow lembab giler.

Lepas ada WiFi, yey.. barulah aku mengenali benda nama WhatsApp nih. Sakai sikit dapat mesej bertubi-tubi. Free je, tak kena bayar pun. Tu masa belum ada group. Sekarang dah ada 3 group. Tu pun group berkisarkan family dan sanak saudara.

Applikasi WhatsApp yang super canggih membuatkan mataku juling nak baca mesej ratus-ratusan. Penat mak tau.

Alkisahnya, hari Isnin lepas kami baru balik dari kampung. Tak online pun selama 2 hari. Buka-buka je, terkejut tengok mesej WhatsApp berjumlah 715!! Terkejut beruk! Rupanya ada 1 group ‘family’ yang ‘baru’ add nombor aku. Ada sekitar 500 mesej yang masuk melalui group tu. Pengsan nak baca oi.

Aku ni tak ada la aktif ber-WhatsApp. Even ada 3 group WhatsApp macam tak wujud je komen/mesej aku dalam group tu. Sebab aku ni bukan kaki mengomen, post gambar ke. Jadi silent reader je. Errrr korang sama macam aku jugak ke?
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

5 comments

waaa..bru 2 hri
kalau semingu hang fon tu berat memory nk load data wassup tu :)

mmg pun.. x payah 2 hari.. .tinggal kejap dalam 4@5 jam pun dah beribu masuk..adoi..sampai heng phone.. kena beli phone baru la jawapnya

Lissa pun silent reader dalam group wassap.. haha tapi Lissa suka mute conversation. jadi tak lag handphone :D

tedia...banyaknya...haha...jenuh nk scroll membaca..;p

tu baru dua hari tu Yumida :) bertabahlah ye hihi .