Awal bulan
November 2015 ni, hb ada pergi ke Pasar Serikin. Tujuannya nak beli 2 bundle minyak angin aromaterapi fresh care. Memang
dari dulu-dulu lagi, hb peminat tegar minyak
angin fresh care ni. Sampai la sekarang masih lagi setia. Eh aku sendiri
pun suka pakai.
Pernah
aku terbitkan entry pasal minyak angin ni: Minyak
Angin Aromaterapi Fresh Care. Masa tu bulan Jun 2014, tahun lepas nyer. Harga
beli 1 bundle minyak angin aromaterapi
fresh care RM38 sekotak. Paling murah
kami pernah tawar-menawar dengan penjual minyak angin aromaterapi tu, dapat la
harga RM35. Iye..tiga puluh lima
ringgit je.
Dalam
1 bundle - ada 12 kotak minyak angin
aromaterapi fresh care. Kami lebih suka pilih minyak angin jenis strong, kotak warna merah tu. Kalau kat rumah ni, aku selalu guna untuk sapu
tempat kembang / bengkak kesan Gigitan
Rengit Yang Gatal.
Fakta harga minyak angin aromaterapi fresh care tahun
2014
Harga
runcit: RM9 / RM10 sebotol
Harga
di Pasar Serikin: RM5 sebotol
Hb
beli 1 bundle berharga RM38.00. Dalam sebundle ada 12 kotak Minyak angin
aromaterapi Fresh Care. Means, 1 kotak berharga RM3.20. See, murah
kan? Berbaloi-baloi!
Itu
cerita tahun lepas punya. Tak sangka harga minyak
angin aromaterapi fresh care tahun 2015 ni boleh melambung naik. Mungkin permintaan minyak ni yang makin bertambah
buat penjual naikkan harga. Tak pun penjual Pasar Serikin terkesan dengan
sistem GST. Eh, mana ada kena mengena pun!
Harga
terkini minyak angin aromaterapi fresh
care adalah RM45 untuk 1 bundle.
Tak boleh dikurangkan lagi. Tu je harganya. Means, 1 kotak minyak angin
aromaterapi fresh care tu berharga RM3.75.
Berbanding tahun 2014, harga 1 kotak ialah RM3.20. Peningkatan harga sebanyak
RM7 kalau beli 1 bundle minyak angin fresh care.
Harga
naik atau pun tak, tetap jugak hb aku akan beli. Itulah kehebatan minyak angin aromaterapi fresh care ni.
Selain untuk hilangkan kegatalan, hilangkan lenguh badan, ia berfungsi
menenangkan, memberi aromaterapi pada si pemakainya. Wangi tau minyak angin ni.
Tak macam minyak angin yang biasa kita guna. Korang pernah guna minyak angin
fresh care ni??
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
9 comments
Tak pernah nampak brand ni..saya pernah gak cuba minyak angin aromaterapi tapi brand lain..mmg best :)
sedap sangat lega guna minyak nie
Boleh pm saya x.. sy dah lama nak cari minyak ni.. nak beli 1 kotak
slm..boleh pm ni no whatsapps saya 0109577218..tq
nice sharing...
sy xda jual minyak angin ni. kalau nak order blh beli menerusi: https://www.facebook.com/EjulzBlogshop
*dia ada jual minyak fresh care tu
kalau berminat utk beli minyak angin aromaterapi ni boleh order dengan: https://www.facebook.com/EjulzBlogshop
*dia ada jual minyak fresh care tu
Tak pernah cuba lagi..
Diana pun tak pernah cuba minyak angin ni...