Berapa Ulas Bawang Merah Untuk Tumis Sayur?

‘1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 ulas bawang merah nak kupas kulitnya dulu, then nak simpan dalam peti ais. Bila nak guna nanti senang, just ambil je dalam peti ais’. Tetibe ada insan menegur. “Eh banyaknya bawang merah ko guna. Aku masak makanan pakai 1 bawang je”.

onion, bawang tumis sayur, bawang masakan, resepi guna bawang

Motif teguran adalah suatu pembaziran kalau masak makanan pakai bawang banyak-banyak. Tapi dia tak tahu, yang bawang-bawang tu semua aku nak simpan dalam peti ais, yang sebahagian je untuk digunakan memasak.

Berapa jumlah bawang merah diperlukan dalam resepi masakan aku bergantung pada jenis masakan. Kalau sayur rebus, aku letak setengah je bawang merah yang bersaiz ibu jari. Ataupun 1 ulas bawang merah bersaiz kecil. Kalau masak sayur tumis belacan, aku akan guna 2 -3 ulas bawang merah. Kuantiti masakan sayur untuk 4 orang.

onion, bawang tumis sayur, bawang masakan, resepi guna bawang

Jadi amatlah tidak logik kalau aku nak tumis sayur guna 9 ulas bawang merah. Tu bukan sayur namanya, tu tumis bawang merah semata-mata. Penggunaan bawang dalam masakan sebagai penambah rasa, penyedap untuk masakan. Kalau letak sikit je, tak ada rasa beb. Tak ummph! Letak banyak pun tak sedap. Sedang-sedang je letaknya.

Teringat masa zaman dulu-dulu time baru nak belajar masak. Tak tahu macam mana nak bezakan sayur tu dah masak ke belum. Punya la lama sayur tu dalam kuali. Sampai hitam jadinya. Hangit! Hahaha..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

7 comments

banyak tu kalau nak guna sampai banyak tu..hehehe...bg akak 1 je dah cukup..tu pun bawang yng kecik2..

salam, is suka bau merenggit bawang kena tumis kalau boleh nak letak banyak2 bawang hehehehe.

www.iskandarx.com.my

haha.. yumida! tahniah.. yumida dah buat teman baca entri yumida hanya sebab ternampak tajuk ni je.. hehehe

Hihihi...kan..takkan nak guna bawang banyak2..huhuhu

klu kmk ikt mood ..kmk suka mkn bwg merah,kadang2 letak bnyk jgk :D

Diana tengok pada yang nak di masak...kalau nak masak sambal mesti nak guna bawang merah banyak²...hihi