Sinopsis Sinetron Buku Harian Baim TV9

Sinopsis Sinetron Buku Harian Baim TV9 | Buku Harian Baim mengisahkan kehidupan seorang budak kecil bernama Baim / Ibrahim (Ibrahim Khalil Alkatiri). Baim seorang kanak-kanak periang yang berusia 3 tahun. Siapa sangka budak sekecil itu diduga dengan penyakit kronik. Baim disahkan menghidap spinocerebellar degeneration iaitu penyakit yang kekurangan cecair pada otak yang boleh mengakibatkan kelumpuhan.

Sinopsis Sinetron Buku Harian Baim TV9, pelakon dan gambar Sinetron Buku Harian Baim TV9, ost lagu tema Buku Harian Baim: lagu catatanku – Baim feat Melly Goeslow
Sinetron Buku Harian Baim disiarkan di TV9

Alya (Inneke Koesherawati) ibu Baim menerima suratan takdir dengan pasrah dan redha. Alya sering mengutamakan kehendak anak kesayangannya itu. Apa sahaja diingini oleh Baim akan Alya sedaya upaya tunaikan. Memikirkan jangka hayat Baim yang begitu singkat, Alya membiarkan Baim menghabiskan zaman kanak-kanaknya seperti budak lain. Hinggalah suatu ketika, keadaan Baim bertambah buruk, Alya segera menghantar Baim ke hospital.

Kondisi Baim yang semakin parah memaksa dirinya berulang alik ke hospital demi kesihatan anaknya Baim. Akibat terlalu lama tinggal di hospital, Baim merasa serik dan enggan ke hospital semula untuk menerima rawatan susulan. Alya berasa bingung dan resah. Ini bermakna jika Baim tidak ke hospital, pasti penyakit kronik anaknya bertambah teruk.

Alya memujuk Baim agar ke hospital dengan menjanjikan sambutan ulang tahun kelahirannya akan diadakan di hospital. Mendengar kata-kata ibunya, Baim terus bersetuju.

Meskipun dirinya sering berasa sakit, Baim sendiri tidak mengetahui apa penyakit yang dihidapinya. Dengan itu, dia mengasak soalan kepada doktor untuk memberitahu apa penyakit yang sedang ditanggungnya. Doktor yang tidak mahu melihat Baim kesedihan, enggan menjawab persoalan Baim.

Baim tidak puas hati. Ini kerana dirinya merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Selain dirinya sering ke hospital menjalani rawatan susulan, dia merasakan sakitnya bertambah teruk. Kesakitan yang berganda-ganda. Baim bertanyakan pada kawannya Ariel apakah penyakit yang ditanggungnya. Namun, Ariel juga enggan memberitahu perkara sebenar. Dia tidak mahu kawan baiknya itu merasa sedih selepas mengetahui perkara sebenar.

Rahsia yang disimpan rapi oleh orang tua Baim akhirnya terbongkar! Baim telah mengetahui penyakit yang dihidapinya. Baim meminta bantuan Ariel agar mendapatkan sebuah buku catatan harian untuknya menulis aktiviti seharian sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Hari berganti hari, timbul pula masalah lain. Yang mana Alya bukanlah ibu kandung Baim. Alya dipersalahkan atas sebab musabab Baim jatuh sakit. Seterusnya merampas Baim dari jagaannya. Saksikan segalanya dalam Sinetron Buku Harian Baim di kaca tv anda.

Pelakon Sinetron Buku Harian Baim TV9
Ibrahim Khalil Alkatiri Sebagai Baim / Ibrahim
Inneke Koesherawati Sebagai Alya
Raffi Ahmad Sebagai Satria
Nina Zatulini Sebagai Olivia
Nizam Sebagai Nizam
Christable Sebagai Abel
Estelle Linden Sebagai Ayu
Gary Iskak Sebagai Ayah Olivia
Nadya Almira sebagai Fiona

Original Sound Track OST Sinetron Buku Harian Baim
Lagu tema Sinetron Buku Harian Baim TV9
Lagu: Catatanku
Penyanyi: Baim feat Melly Goeslaw

Gambar Sinetron Buku Harian Baim TV9
Sinopsis Sinetron Buku Harian Baim TV9, pelakon dan gambar Sinetron Buku Harian Baim TV9, ost lagu tema Buku Harian Baim: lagu catatanku – Baim feat Melly Goeslow
Gambar Baim bersama orang tuanya dalam sinetron Buku Harian Baim TV9

Tonton Sinetron Buku Harian Baim
Tarikh Sinetron Buku Harian Baim mula disiarkan: 8 Julai 2015
Hari: Isnin – Jumaat
Jam: 5.30 petang
Saluran: TV9
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

1 comments so far

saya jarang on tv9.. nanti boleh try tgk