Drama Maid Episod Akhir

Drama Maid Episod Akhir Astro Ria
Noorul (Ayda Jebat) sedaya upaya menyiasat siapakah dalang di sebalik penyebaran gambar antara dirinya dan Harris (Zul Ariffin). Walaupun telah bergelar suami isteri, fitnah tersebut telah menjatuhkan maruah Noorul. Bagi ibu mertuanya, Puan Sri Kirana (Datin Nina Juren)
          Noorul hanya mengambil kesempatan atas kekayaan yang dimiliki oleh anaknya.        

Selepas diselidik, rupa-rupanya ia adalah rancangan jahat Elisa (Tasha Shilla). Elisa mengupah orang lain untuk mengambil gambar tersebut yang konon-kononnya Noorul ditangkap bermesraan dengan Harris. Kerana ingin menjaga air mukanya, Puan Sri Kirana terpaksa mengahwinkan mereka berdua demi menutup malunya di hadapan rakannya yang lain.

Tan Sri Hamdan (Datuk Eizlan Yusof) berang dengan isterinya kerana mempercayai kata-kata Elisa dengan mudah. Malah dia juga mengetahui niat busuk Elisa. Dengan tegas, Tan Sri Hamdan menegur sikap isterinya yang terlalu mementingkan orang luar dari menantunya sendiri.

Puan Sri Kirana begitu kecewa dengan insiden itu. Dia tidak menyangka Elisa mempunyai niat tidak baik terhadap keluarganya. Kini, perlahan-lahan dia menerima Noorul sebagai menantunya. Malah turut memohon maaf kepada Noorul kerana bertindak kasar terhadap dirinya.

Haikal / Carl (Hefny Sahad) memaklumkan kepada keluarganya akan rancangan pernikahannya dengan gadis pilihannya iaitu Iman (Nina Nadirah). Berita itu diterima baik oleh Tan Sri Hamdan sekeluarga. Malah paling mengujakan mereka bakal menimang cucu sulung dalam keluarga itu! Noorul disahkan hamil. Harris berasa sangat bahagia. Tamat!

Pelakon yang menjayakan drama Maid hingga episod akhir
Zul Ariffin – Harris / Mr. F
Ayda Jebat – Noorul
Hefny Sahad – Haikal / Carl
Nina Nadirah - Iman
Datuk Eizlan Yusof – Tan Sri Hamdan
Datin Nina Juren – Puan Sri Kirana

Komen Drama Maid Last Episode
Tamat dah drama Maid ni. Dah sampai ke episod kemuncak semalam. Awalnya, aku agak suka drama ni, best..tengok keletah Ayda Jebat yang mencuit hati dibuli oleh Zul Ariffin. Tapi bila episod drama Maid ni sampai kemuncak, di pertengahan sampai episod akhir, errrr..macam rasa kurang selesa tengok.

Bab kemesraan antara mereka berdua macam over lak. Terlebih mesra. Ramai gak penonton yang luahkan rasa kurang senang tengok scene gambar mesra dalam drama Maid ni.

Gambar Drama Maid Episod Terakhir 
Drama Maid episod akhir, sinopsis episod terakhir drama Maid Astro Ria lakonan Zul Ariffin – Harris dan Ayda Jebat - Noorul, gambar, pelakon, drama drama Maid tamat, last episode, ending drama Maid, episod kemuncak, komen penonton gambar mesra drama maid
Happy ending untuk drama Maid di episod akhir. Tamat dah..

Drama MAID EPISOD AKHIR telahpun disiarkan pada 10 Julai 2015
Hari: Jumaat
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123

Drama MAID mencuit hati..


EmoticonEmoticon