Pergi Membeli-Belah Kat Bazaar Ramadhan Kali
Ke 2
Semalam,
aku bersama hb dan adik aku pergi shopping kat bazaar Ramadhan Mukah. Ni kali
ke 2 kita orang menjejak kaki kat bazaar Ramadhan. Seronoknya tengok orang
ramai jinjing beg plastik masing-masing. Meriah dengan orang ramai yang lalu
lalang. Meriah dengan asap panggang dari gerai bazaar Ramadhan.
Memandangkan
kita orang jarang keluar. Al maklum la, Bandar Mukah tu jauh dari kediaman
kami. Sekitar 1 jam 20 minit baru sampai. So, jarang la nak keluar. Keluar 2
minggu sekali je. Jimat minyak. Jimat perbelanjaan. Tapi…sekali dapat
keluar..nah..sampai kempes wallet kami. Hahaha..
Antara
juadah berbuka puasa yang kami beli kat bazaar Ramadhan super duper menggoda
tu:
Nasi briyani
kambing RM9
Nasi ayam
dara goreng berempah RM9x2
ABC
RM2x2
Air
tebu RM5
Kuih losong
RM1
Kuih bongkol/
jongkong RM1
Nasi lemak
RM1x2
Sate
ayam/ daging RM10
Rojak
tambi RM3
Sayur
campur RM3
Total?
Semuanya sekitar RM56. Errrr besar betul belanja kami kat bazaar Ramadhan. Kos
tu sama besar dengan berbuka puasa kat KFC hari Sabtu yang lepas. Lebih kurang
je. Cuma kat bazaar tu, ada pelbagai juadah kuih muih dan makanan dibeli.
Korang
belanja kat bazaar, berapa kos yang korang belanjakan? Tengok makanan kat
bazaar, semua nampak sedap. Menggoda sungguh!
4 comments
Gi Bazaar Ramadhan kat Putrajaya , pusing habis tapi tak tahu nak beli n berbuka dengan apa. HaHa.. Seronok tengok orang membeli je lebih.
assalamualaikum
hr nie bz skit x sempat BW ..
singgah kejap je
puas membeli :):)
Senarai makanan di bazaar tu memang cukup menggoda!
EmoticonEmoticon