Mail & Sudin Sambut Ramadan Episod Akhir

Mail & Sudin Sambut Ramadan Episod Akhir (EPISOD 20)
Perbalahan tercetus antara Mail (Remy Ishak) dan Sudin (Shuib Sepahtu). Masing-masingnya berebutkan Mawar (Sari Yanti), anak kepada Lebai Salleh (Mat Over). Melihat persengketaan antara Mail dan Sudin, Lebai Salleh menasihati kedua-duanya untuk menerima hakikat.

Bahawasanya, anak perempuannya si Mawar hanya menganggap mereka berdua sebagai sahabat sahaja. Dek kecewa, Mail dan Sudin pergi ke hutan. Sekali lagi, kedua-duanya sesat di dalam hutan!

Orang kampung yang melihat Mail dan Sudin tergesa-gesa membawa parang menimbulkan berita gempar bila membuat perkhabaran mereka berdua ingin bertarung. Lebai Salleh yang mendengar berita itu merasa gusar di hati. Dia risau jika kedua-duanya bertindak di luar kawalan.

Mawar merasa bersalah kerana tidak memberitahu secara terangan bahawa dirinya langsung tidak mempunyai perasaan pada Mail dan Sudin. Kehilangan Mail dan Sudin semakin kecoh. Esoknya pula nak raya. Pencarian Mail dan Sudin masih diteruskan.

Di hutan, penat bertekak sesama sendiri, akhirnya Mail dan Sudin mengakui kesilapan masing-masing. Mereka saling bermaafan dan menghulurkan tangan tanda persahabatan.

1 Syawal, orang kampung berteriak memanggil nama Mail dan Sudin di hutan. Akhirnya, penemuan Mail dan Sudin berjaya. Kini mereka bersahabat baik! Teman serapat! Tamat!

Pelakon yang menjayakan drama Mail & Sudin Sambut Ramadan hingga episod akhir
Remy Ishak – Mail
Shuib Sepahtu – Sudin
Mat Over – Lebai Salleh
Sari Yanti - Mawar

Gambar Mail & Sudin Sambut Ramadan episod terakhir
Mail & Sudin Sambut Ramadan episod akhir, EPISOD 20, sinopsis episod terakhir Mail & Sudin Sambut Ramadan, gambar, pelakon, drama Mail & Sudin Sambut Ramadan tamat, last episode, ending Mail & Sudin Sambut Ramadan, episod kemuncak
Mail & Sudin Sambut Ramadan episod 20 - masing-masing kecewa..
Drama Mail & Sudin Sambut Ramadan EPISOD AKHIR telahpun disiarkan pada 10 Julai 2015
Hari: Jumaat
Jam: 7.30 malam
Saluran: Astro Oasis 106 & Astro Maya HD 135

1 comments so far

kite takde astro kat rumah. jadinya tak tahu cerite ni. tapi tgk tadi best. sbb sampaikan isi2 penting. mcm ni la bagus hehe


EmoticonEmoticon