Sinopsis Drama Maid

Sinopsis Drama Maid Astro Ria
MAID mengisahkan seorang gadis bernama Noorul (Ayda Jebat) bekerja sebagai pembantu rumah di rumah majikannya Harris Tan Sri Hamdan (Zul Ariffin). Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, bos besar tempat Noorul bekerja. Harris, jejaka kacak, kaya dan berkerjaya namun sikapnya yang cerewet sering membuatkan Noorul rasa sakit hati. Dan kerana itu juga Noorul menggelarnya Mr. F (fussy) si cerewet tahap gaban!

Sikit sahaja tersilap, Noorul akan dimarahi majikannya. Tengkingan dan jelingan tajam Mr. F membuatkan jantung Noorul hampir sahaja gugur! Noorul sebaik habis melaksanakan tugasnya sebagai pembantu rumah. Iman (Nina Nadirah) teman serumah Noorul. Dialah orang yang sentiasa memberikannya kata semangat.

Mr. F, bos yang cerewet sering membuat semakan semula kerja Noorul. Apa sahaja yang masih kotor atau berdebu, dia akan menyuruh Noorul mengulangi semula pembersihannya. Namun ada kalanya seperti sengaja ingin menyakiti hati Noorul. Dan kerana itu jugalah Noorul suka menjawab balik tegurannya. Namun siapa sangka dalam diam, Noorul mula jatuh hati pada Mr. F.

Haikal atau nama panggilan manjanya, Carl (Hefny Sahad) merupakan adik kepada Harris. Haikal menaruh perasaan terhadap Noorul, namun sayangnya Haikal hanya bertepuk sebelah tangan. Ketika Haikal menyatakan hasrat hatinya, Noorul menolak lembut cinta Haikal. Hingga membuatkan Haikal kecewa.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan (Datuk Eizlan Yusof)?

Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa (Tasha Shilla) yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana (Datin Nina Juren) yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya. Nak tahu kisah selanjutnya? Dapatkan novel M.A.I.D karya Suri Ryana terbitan Kaki Novel di pasaran!

Watak & Nama Pelakon Drama Maid
Zul Ariffin – Harris / Mr. F
Ayda Jebat – Noorul
Hefny Sahad – Haikal / Carl
Nina Nadirah - Iman
Datuk Eizlan Yusof – Tan Sri Hamdan
Datin Nina Juren – Puan Sri Kirana
Tasha Shilla – Elisa

Gambar Drama Maid
Sinopsis drama Maid Astro Ria, gambar drama Maid Astro, pelakon drama Maid, Ayda Jebat – Noorul, Zul Ariffin – Harris, Mr. F dikenali mister fussy
Drama Maid kini menjadi kesukaan penonton!

Saksikan drama MAID
Hari: Isnin – Jumaat
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123

Drama MAID mencuit hati..

4 comments

kat tv pun sama ke jalan citer dia/?selalu nya dia ubah2 sikit kan?/akak tengok jugak drama ni sekali sekala kalau sempat..

awal episod ni sama mcm dlm sinopsis novel maid. mungkin tengah episod nanti ada ubah sikit2 drama maid ni


EmoticonEmoticon