Hamil 37 Minggu – Check Up Di Klinik Seminggu Sekali

Usia kehamilan aku dah capai 37 minggu, alhamdulillah. Merasai pengalaman mengandung adalah sesuatu yang terindah. Hari ni..Jumaat merupakan tarikh temujanji aku dengan misi kat Klinik Kesihatan Desa.

Untuk check up kat klinik, prosedur yang dijalankan kat aku macam biasa. Ambik berat badan, buat ujian air kencing untuk uji kandungan protein, gula. Ambik bacaan tekanan darah, denyutan jantung baby. Then, ada beberapa tips dan nasihat pasal penjagaan baby.

Senang buat check up kat klinik kesihatan desa, sebab tak ramai orang. Tak perlu beratur lama menunggu giliran. Kalau pergi kat hospital / klinik kesihatan ibu dan anak kat Bandar tu, huhuhu..ramainya orang! Tunggu giliran..siap boleh tidur lagi.

Hamil 37 Minggu – Check Up Di Klinik Seminggu Sekali, berat baby 36 minggu mengandung 3 kg, lawatan kesihatan ke klinik hamil minggu 36, 37, 38, 39, 40

Minggu lepas, di usia kandungan aku mencecah 36 minggu, berat baby aku adalah 3kg. Doktor kata baby besar. Risau gak. Makan pun dah control sekarang ni, tak berani makan benda manis-manis.

Hari ni, 37 minggu, tarikh temujanji dnegan misi pulak. Minggu 36, 37, 38, 39 hingga 40 setiap minggu kena ada temujanji dengan misi kat klinik. Moga diberi kesihatan yang baik buat diriku dan juga baby. Excited nak tunggu baby keluar. Hikhikhik..

4 comments

wah dah x lama due ye..semoga awak n baby sihat ye. rindu nak mengandung lagi.hehe

wahh... dah x lama dah tu.. baby first sy dulu, masa 36 minggu dah selamat dilahirkan.

Alhamdulillah..moga Allah permudahkan semuanya..

YEAAA X LAMA DH TU..SEMOGA DIPERMUDAHKAN


EmoticonEmoticon