Larangan
main mercun bergema sana sini. Tapi masih sukar nak bendung aktiviti main
mercun. Walaupun betapa tegasnya ibu bapa, betapa garangnya orang tua menegah
anaknya dari bermain mercun. Namun ada saja cara untuk dapatkan mercun. Paling terer,
bila budak-budak buat mercun sendiri. Terer sangat!
Lagi terer,
bila mercun buatan sendiri memberi padah buat dirinya sendiri. Mercun tak
sempat dilempar, meletup dalam gengaman tangan! Haih membayangkan betapa
sakitnya dengan kesan hancur teruk tangan akibat letupan mercun dah cukup buat
aku seram sejuk. Sakit wei..
Semalam,
aku tengok kat tv, mangsa letupan mercun. Hari ni, terbaca kisah beliau yang bermain
mercun buatan sendiri menggunakan ‘starter’ lampu. Baru berusia 15 tahun dah
terer buat mercun sendiri. Malangnya, mercun tersebut tak sempat ditikam jauh,
sebab dah meletup kat tangannya sendiri. Berita: Budak hilang 4 jari kesan main
mercun
Buat budak-budak,
remaja, golongan dewasa, mahupun orang tua, ketahuilah betapa bahayanya bermain
mercun. Jangan pepandai buat mercun sendiri. Bahaya! Kesan akibat bermain
mercun akan dirasai sepanjang hayat. Bila hilang jari, sampai ke tua kita takde
jari. Terutama peniaga yang menjual mercun, menjual mercun adalah menjadi
kesalahan di sisi undang-undang. Moga beringat sebelum terkena.
7 comments
kes mercun ni tak henti henti
Ianya takkan berakhir selagi tiada kesedaran pada diri sendiri..
bahayanya
kasihannya
kunjungan balas..hari ni tak berapa sihat tapi nak juga jenguk kawan-kawan blogger :)
takutnya dengar jari putus... boleh bayang sakit dia tuh camne... bahaya kan main mercun ni, beraya dalam hospital jdinya....takutlah
EmoticonEmoticon