Sinopsis Drama Syurga Nur TV3

Sinopsis Drama Syurga Nur Slot Akasia TV3
Syurga Nur mengisahkan ketabahan seorang gadis yatim piatu bernama Nur Jannah (Janna Nick) mengharungi kehidupan. Semenjak kecil lagi, Nur diduga dengan ujian berat. Ibu dan ayahnya iaitu Alia (Elin Sharliza) dan Nik Safuan (Ammar Alfian) meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Nur yang masih kecil ketika itu, dijaga oleh ibu saudaranya yang berhati dingin.  

Sinopsis drama Syurga Nur Slot Akasia TV3, pelakon dan gambar drama Syurga Nur, review drama Syurga Nur TV3

Alin (Raja Ilya) melayan Nur dengan kasar! Sedikit sahaja kesilapan Nur, pasti Nur akan menjadi mangsa amarahnya. Alin tidak mempedulikan nasihat suaminya Said (Shajiry), untuk melayan Nur dengan baik, memandangkan hanya Nur sahaja anak buah Alin yang ada. Juga statusnya sebagai anak yatim, membuatkan Said merasa simpati pada diri Nur.

Tidak tahan dengan deraan ibu saudaranya, Nur bertindak melarikan diri! Ketika itulah Nur mengenali seorang wanita yang baik hati bernama Sarina (Sheila Rusly). Sarina mengambil Nur sebagai anak angkat dan menjaga Nur seperti menatang minyak yang penuh.

Sinopsis drama Syurga Nur Slot Akasia TV3, pelakon dan gambar drama Syurga Nur, review drama Syurga Nur TV3

Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, iaitu Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson). Kamil dan Adib kedua-duanya tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. Namun, siapa sangka kehadiran Nur di rumah itu telah membuatkan Kamil telah jatuh hati padanya.

Awal-awal lagi, Kamil telah dijodohkan dengan Siti (Dayana Roza). Namun, cinta hati Kamil hanya pada Nur seorang. Bagaimanakah Kamil dan Nur merealisasikan cinta mereka? Tanpa melukakan hati ibunya, juga keluarga Siti? Saksikan segalanya menerusi drama Syurga Nur di TV3. 

Gambar Drama Syurga Nur TV3 
Sinopsis drama Syurga Nur Slot Akasia TV3, pelakon dan gambar drama Syurga Nur, review drama Syurga Nur TV3

Saksikan drama Syurga Nur
Tarikh drama Syurga Nur mula disiarkan: 1 Julai 2015
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 6.55 petang – 8.00 malam
Saluran: TV3

5 comments

Kesian tgk nur kena dera dengan mak sedaranya

salaam jumaat
jom join ga kami yg pertama yang bernilai rm395
http://www.kawaidesuconcept.com/2015/07/ga-kawaidesu-concept-raya-2015-bernilai.html

dayah tengok sekali jer hari tu, lepas tu tak sempat dah nak tengok, sibuk nak siapkan juadah berbuka..>_<

best cite nie.. kejam betul Alin tu.. hahaha..


EmoticonEmoticon