Drama M.A.I.D Best! Kelakar! Menghiburkan!

Drama MAID Lakonan Zul Ariffin & Ayda Jebat Saluran Astro Ria
Siapa yang dah tengok drama MAID kat tv saluran 104 (Astro Ria) dan 123 (Astro Ria HD). Termasuk semalam, drama MAID dah bersiaran sebanyak 2 episod. Pelakon utama drama MAID ni diterajui oleh Zul Ariffin memegang watak sebagai Encik Harris atau dikenali Mr. F, manakala Ayda Jebat membawa watak sebagai Noorul. Pembantu rumah kepada Zul Ariffin.

drama maid lakonan zul ariffin & ayda jebat saluran astro ria, gambar drama maid, komen penonton drama maid, drama maid adaptasi novel karya penulis suri ryana, m.a.i.d gandingkan zul ariffin & ayda jebat – pelakon serasi bersama
Drama M.A.I.D disiarkan hari Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam

Komen Sebagai Penonton Drama MAID
Sebagai penonton yang agak cerewet dengan kualiti lakonan, bagi aku kedua-dua watak yang dilakonkan oleh pelakon utama dijayakan dengan begitu cemerlang sekali! Ya, aku sangat menyukai pembawaan watak drama MAID ni. Noorul si kelam kabut yang kadang kalanya nampak lucu. Mimik muka yang berbeza dengan intonasi suara yang berbeza mengikut situasi. Memang terhibur la tengok lakonan si Ayda Jebat ni.

Zul Ariffin lak, macam biasa..wanita pasti cair tengok wajahnya. Hahaha! Lakonan pun menyengat. Dalam drama MAID ni, watak Encik Harris seorang yang tegas, garang, cerewet, pembersih, jenis orang yang teliti. Jumpa pulak dengan maid yang kelam kabut kena sergah, kena marah, cun sangat-sangat!

drama maid lakonan zul ariffin & ayda jebat saluran astro ria, gambar drama maid, komen penonton drama maid, drama maid adaptasi novel karya penulis suri ryana, m.a.i.d gandingkan zul ariffin & ayda jebat – pelakon serasi bersama
Zul Ariffin bergandingan Ayda Jebat dalam drama MAID

Drama Adaptasi Novel M.A.I.D Gandingkan Zul Ariffin & Ayda Jebat – Pelakon Serasi Bersama
Sebelum drama MAID ni ditayangkan, terdengar ura-ura yang Zul Ariffin akan digandingkan dengan Ayda Jebat. Reaksi aku, errr please la pilih pelakon wanita lain. Bukan sebab tak suka, tapi nak tengok Zul Ariffin digandingkan dengan pelakon lain.

Bila tengok drama MAID yang episod 1, terus aku terpikat dengan lakonan Ayda Jebat. Serius, kelakar. Sampai aku terjebak ke episod 2. Memang tak menghampakan! Pemilihan pelakon yang tepat dan sesuai dengan karakter watak. Buat aku sendiri teruja nak tengok lagi dan lagi untuk episod yang seterusnya.

Drama MAID versus drama Cik Bunga Dan Encik Sombong yang kini hangat dimainkan kat kaca tv. Ermmmm.. Aku lagi suka drama MAID. Best! Enjoy untuk ditonton!

Drama MAID mencuit hati..

6 comments

anak2 Na melayan citer ni, Na pon ter join sekali..huhu

okay fine,,nak tengok jugak lah lepas ni

belum sempat melayan lagi, tapi tak apa, dah sempat rekod dulu awal-awal...hik hik hik...


EmoticonEmoticon