Dia Isteri Luar Biasa Episod Akhir

Episod Akhir Drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB) Slot Akasia TV3
Shariman (Alexx Yanz) telah menceraikan isterinya Zahara (Siti Elizad Sharifuddin). Keputusannya yang terburu-buru itu membuatkan dirinya diserang rasa bersalah. Malah hatinya masih lagi kuat menyatakan dirinya mencintai Zahara, bukan Fatiha (Leez Rosli)).

Fatiha yang pada awalnya teruja untuk berkongsi berita kehamilannya dengan suaminya, Shariman, merasa sangat kecewa apabila Shariman seperti tidak mempedulikannya. Ini membuatkan dia berprasangka yang bukan-bukan terhadap Zahara.

Fatiha berang apabila suaminya masih tergila-gilakan isteri pertamanya iaitu Zahara. Fatiha menghambur kata-kata kesat dengan menuduh suaminya dayus. Mendengar perkataan dayus, Shariman naik angin hingga menyebabkan Fatiha jatuh. ketika itulah, Fatiha telah keguguran.

Fatiha nekad ingin meninggalkan rumah itu dan bercerai dengan suaminya. Walaupun dipujuk Shariman, Fatiha menangis dan kesal kerana telah mengkianati kak long Zahara. Baginya, itulah pembalasan yang diterima atas pengkhianatannya.

Shariman masih lagi memburu cinta Zahara. Ini membuatkan Zahara tidak senang duduk dan rasa tidak selesa. Risau melihat keadaan kakaknya, Raden Amzar (Shukri Yahaya) menyuruh kak longnya tinggal sementara di rumahnya.

Raden menegur tindakan Shariman. Malah mengugut akan melaporkan kepada pihak polis akan gangguan yang dicetuskan oleh Shariman. Shariman beredar dari kawasan perkarangan rumah mereka.

- 2 tahun selepas itu –

Dewi Yusra (Nur Fathia Latiff) dan Raden hidup bahagia. Kini mereka bakal mendapat anak kedua. Malah, Kem / Kamarul (Keith Foo) telahpun menikahi gadis pilihannya, Dr Akma (Uqasha Senrose). Begitu juga Azam (Pian Kepoh), sepupu Raden yang turut sama ingin mendirikan rumahtangga bersama Razita (Syatilla Melvin).

Raden menghadiahkan Dewi sebuah rumah baru. Dewi merasa sangat terharu. Baginya, suaminya bukan sahaja baik hati, malah seorang yang penyabar dalam melayani panas barannya suatu ketika dulu. Dia bersyukur dikurniakan seorang suami sebaik Raden Amzar. Tamat!

Pelakon yang menjayakan drama Dia Isteri Luar Biasa hingga episod akhir
Shukri Yahaya – Raden Amzar
Nur Fathia Latiff - Dewi Yusra
Keith Foo – Kamrul / Cik Kem
Umi – Puan Hjh Ziela Jalil
Nurul Fateha – Leez Rosli
Nonny Nadirah - Eda
Uqasha Senrose - Dr Akma
Ardell Aryana - Nora
Elizad Sharifuddin – Kak Long Zahara
Syatilla Melvin – Razita
Pian Kepoh - Azam
Alexx Yanz - Shariman

Gambar Drama Dia Isteri Luar Biasa TV3 
Dia Isteri Luar Biasa episod akhir, sinopsis episod terakhir Dia Isteri Luar Biasa, gambar, pelakon, drama Dia Isteri Luar Biasa tamat, last episode, ending Dia Isteri Luar Biasa, episod kemuncak, episod akhir drama DILB
Scene drama Dia Isteri Luar Biasa untuk episod akhir

Drama Dia Isteri Luar Biasa EPISOD AKHIR
Tarikh akhir drama DILB disiarkan: 30 Jun 2015
Hari: Selasa
Jam: 6.55 petang – 8.00 malam
Saluran: TV3

Info drama DILB:

5 comments

gitu ending dia..tak tengok pun tapi baca ni boleh la bayangkan jalan citer penamat tu..ehehh

hari last hari tu teringat nak tengok. tengok lah kejap sambil bukak puasa. tiba-tiba anak menangis nak susu, masuk bilik nak bagi dia susu. lupa dah dekat drama ni. ending die pun tak tengok hehehe

Anyway, jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

bagus dpt tau ending..slalu miss je

tengok tp x tau yg tu last.. ehehhe..sbb yg last x tgk.. awai je


EmoticonEmoticon