Sabtu
dan Ahad lepas, aku, hb dan adik aku busy kat dapur buat biskut. Cun pulak time
tu cuaca mendung berserta tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Syok ar. Terasa
sejuk kat dapur. Terus hati aku bersemangat nak buat biskut raya.
Sabtu
tu, kita orang sempat siapkan biskut
makmur, popia berintikan daging serunding dan biskut susu jagung. Ahad tu
pulak, buat biskut buah rotan. Punya
la lama nak gentel doh tu jadi bulat-bulat kecil. Terasa penatnya di dapur.
Biasanya,
biskut raya ni setiap tahun aku tak buat. Malas punya pasal. Leceh nak buat.
Aku lebih suka buat kek daripada buat biskut. Sebab kek bagi aku, senang nak
buat. Hasilnya lebih memuaskan. Biskut ni, ambik masa nak buat, uli jadi adunan
comel-comel, lepas tu hasilnya kengkadang menjadi, kengkadang tak menjadi. Frust
tau. So, kek la yang jadi pilihan hati aku setiap tahun.
Memandangkan
adik aku menemani aku kat sini bulan Ramadhan tahun ni, so aku ada semangat
kerajinan nak buat biskut.
Terjah
koleksi resepi untuk Raya korang tahun ni: Resepi
Kek & Biskut Raya 2015
3 comments
Fuhh....!!! terliur eden melihat gambar biskut dalam entry awak...
Hehehehe...x sabar nak beraya....
kita weekend nih baru nak merajinkan diri buat kuih raya. hihihh
wow
EmoticonEmoticon