Cara Beli Sijil Simpanan Premium (SSP BSN)

Ada yang berkira-kira nak beli Sijil Simpanan Premium (SSP BSN)? Buat yang pertama kali nak beli, mesti terfikir-fikir macam mana cara nak buat pembelian sijil SSP BSN ni. Jom aku kongsikan pengalaman aku membeli Sijil Simpanan Premium BSN. Mudah je!

Cara beli sijil simpanan premium (ssp bsn), panduan beli sijil simpanan premium bsn, 8 saluran untuk buat pembelian sijil simpanan premium (ssp bsn), syarat & kelayakan beli ssp bsn, gambar Sijil Simpanan Premium BSN
Menabung SSP BSN berpeluang menang hadiah hebat dalam CABUTAN BERTUAH!

Cara Beli Sijil Simpanan Premium (SSP BSN)
1. Pergi ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
2. Ambil kertas kosong kat rak borang, isi nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank BSN (jika ada), jumlah pembelian Sijil Simpanan Premium BSN. Paling minima boleh beli RM10. Tiada nilai maksima, boleh beli berapa banyak wang anda ada.
3. Ambil tiket untuk giliran anda.
4. Beritahu pada staf kaunter BSN nak beli Sijil Simpanan Premium BSN
5. Staf akan key in data, kemudian berikan anda resit sijil SSP BSN. Siap!

Mudah je cara nak buat pembelian sijil SSP BSN ni menerusi kaunter BSN. Malah anda juga boleh beli sijil SSP ni menerusi 8 saluran disediakan. Lagi mudah! Ikut keselesaan anda.

8 Saluran Untuk Buat Pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP BSN)
Buat pembelian SSP melalui mana-mana saluran ini:
1. Kaunter BSN
2. ATM BSN
3. CDM BSN
4. BSN: SMS (Perbankan SMS)
5. myBSN (Perbankan Internet)
6. Arahan Tetap
7. Potongan Gaji
8. Ejen Bank Berdaftar BSN (EBB)

Syarat & Kelayakan Beli Sijil Simpanan Premium (SSP BSN)
- Warga Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia.
-  Berumur 12 tahun ke atas.
-  Pembelian sijil SSP BSN paling rendah boleh dibeli pada harga RM10 untuk 1 unit. Ini bermakna anda telah membuat simpanan di SSP BSN pada kadar RM10. Kini, anda telah mempunyai 1 unit sijil simpanan premium. Tahniah! Lagi banyak anda beli sijil SSP BSN, lagi bagus. Memupuk nilai menabung dalam diri kita. Sambil menabung, boleh nikmati keuntungan dividen pada hujung tahun, juga boleh berpeluang menang hadiah CABUTAN BERTUAH!!!

Kisah Menabung SSP BSN:

44 comments

salam aidilfitri maaf zahir batin, semoga berjaya menang., ;p

kalu nk cashkan blk sijil tu camne?

boleh jual balik sijil ssp bsn di kaunter bank bsn
bawa sijil ssp dan ic

Pada awalnya nak saving kt atm ttbe plk trbli ssp rm 400 mcm mne tu...kol bnk tgu 45hri bru bole ambik bli

ya untuk jual balik sijil ssp bsn tu, kita kena tunggu 45 hari daripada tarikh pembelian. lepas tu baru boleh ambil balik duit tu. moga dipermudahkan.

untuk cash kan balik duit dalam sijil ssp bsn, kena tunggu selepas 45 hari dari tarikh kita beli sijil ssp tu, lepas dari tempoh tu boleh tunaikan balik sijil tu pada bila2 masa

Kalau nk beli ssp ni gune mesin atm atau cdm macam mane carenye???

Kalau nk beli ssp ni gune mesin atm atau cdm macam mane carenye???

saya hanya pernah beli sijil ssp bsn menerusi kaunter bsn je. boleh minta bantuan staf bsn untuk tunjuk ajar cara beli menerusi atm dan cdm bsn

Sye bli sjil Ssp tue kat atm....mcm mna kita nk ambik blik duit kita selepas 45hri tue....sedng kn sya xad sjil....ad resit atm jew

Sye bli sjil Ssp tue kat atm....mcm mna kita nk ambik blik duit kita selepas 45hri tue....sedng kn sya xad sjil....ad resit atm jew

resit atm itulah sijil ssp, kalau kita beli melalui mesin atm bsn. hanya perlu tunjukkan resit atm bersama ic semasa nak buat tebus balik sijil ssp kat kaunter bsn

assalamualaikum sy ada buku bsn tp dh 7 tahun tk simpan..boleh ker beli sijil tu..sijil tu kne bawa buku bsn sekali ker..klu buku tu dh tamat tempoh boleh ker beli sijil ssp bsn jer kat kaunter..memang setiap bulan kne beli ker ssp bsn tu atau sekali setahun..atau dia ada syarat dia..

wsalam. beli ssp bsn tu kalau kita ada wang lebihan sebab dia macam menabung. pasal buku bsn tu kalau dah lama rasanya dah tamat tempoh, boleh ajukan pertanyaan pada staf bsn.

sijil ssp boleh beli tanpa buku bsn. buku bsn tu hanya digunakan untuk masuk automatik duit faedah simpanan pd hujung tahun. kalau tak ada buku bsn, dia akan bagi secara tunai menerusi kaunter bsn. boleh beli tanpa buku. saya pun beli tanpa buku bsn.

Kalau resit rasmi SSP hilang nak Buat macam mana?

kalau resit rasmi ssp bsn hilang dapatkan balik di kaunter bsn, tunjukkan ic. tapi tak pasti sama ada sijil ssp baru tu dikenakan caj ataupun tak

Kalau beli sijil ssp too contoh Rm10, yg Rm10 too lesap ker,or masih ada lam akaun bank....mohon pencerahan :)

rm10 tu ada dalam akaun bank, sijil ssp lepas beli kita boleh jual balik kat bsn. beli rm10, jual nanti dapat nilai rm10 jugak. macam simpan duit kat bank.

yumida, if nak beli sijil ssp ni kita kena ada akaun bank bsn ke? berminat jugak nak beli sijil ssp ni..

tak ada akaun bank bsn pun boleh beli sijil ssp bsn. yumida sendiri pun tak ada akaun bsn. kalau yang ada buku akaun bsn tu, faedah simpanan akan automatik masuk dalam buku bsn. kalau macam kita tak ada buku akaun bsn, faedah simpanan akan dibagi secara terus melalui kaunter bsn. itu yang staf bsn bagitau kat yumida la.

Sy ad lah nk bank in duit tp sy tersalah masukkan dlm ssp. Sy xtau pun ape tu ssp. Sy nk duit tu balik sbb mmg tengah nk pakai duit. Tp sy tak tau mcmana nk keluarkan. Ape bende ssp ni?

informasi tentang sijil ssp bsn boleh baca sini:
http://umikasum.blogspot.com/2015/04/apa-itu-sijil-simpanan-premium-ssp-bsn.html

tak pun boleh klik link kat atas, perenggan bawah tu.

nak keluarkan balik duit tu, kena tunggu 45 hari. sebab itu syarat dia. lepas dari tempoh tu, boleh dapatkan balik duit tu.

Tumpang tanya, pada mula, saya nak ambil wang keluar dari atm,tapi tersalah tekan , dan pun telah masuk ssp, saya nak ambil balik wang tu, bolehkah saya ambil balik wang tu dari kaunter terus?mahu ic dan resit tu sahaja ke?kalau bukan sendiri pergi boleh tak?sebab itu ibu saya punya account, bukan saya punya, dia tak tau pakai atm, saya pakai mana tau tersalah tekan pula…
Macam mana nak buat? Kena tunggu ke?

This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.

saya tak berapa pasti. boleh tanya terus pada staf bsn. harap masalah dpt diselesaikan..

45 hari tu termasuk sabtu ahad ke..ke dikira hari bekerja sahaja?

Kalau dh jual balik sijil bsn ssp...dpt ke hadiah cabutan bertuah tu?

Sye terbeli mse kt mesin atm..sye terbeli amaun rm200...leh dpt keuntungan ke jika beli bsn ssp ni?

tempoh 45 hari tu termasuk sabtu ahad ke..

tempoh 45 hari tu termasuk sabtu ahad ke..

Blh x masukan dividen tu transfer dlm buku asb? Hehehe

Blh x masukan dividen tu transfer dlm buku asb? Hehehe

terima kasih untuk informasi yang saya cari.

Assalam, kn akk ad ckp klu nk duit tu blik dr akaun ssp kna bwa ic dn sjil tu... Tp masalah sya skrg sjil tu ad kt cust sya... Dia trslh bnk in kt sya gna akaun ssp... Klu kes mcm sya ni ap yg prlu sya buat... Lg stu, cra nk kuar duit dr ssp ni x blh buat mlalui mesin atm ke? Kna buat kt kaunter ke?

wsalam. minta kat cust tu untuk poskan sijil tu. kalau tak, kena dapatkan sijil tu kat ejen ssp bsn. kalau tak silap ada caj rm10 untuk keluarkan sijil baru. biasanya, nak keluarkan duit dari sijil ssp kena melalui kaunter bsn. melainkan nak beli sijil ssp, baru melalui mesin atm.

nak ambil duit ssp, kena 45 hari selepas tarikh pembelian sijil.

SSP tu lepas 45 hari kena tebus di kaunter laa erkk ?? kalau resit dah buang camana pulak ?? kalau nak tebus sendiri di atm tak boleh ke ?? ermm sedih tertekan ssp ya ya rm300 entah kemana ��

Tapi kalau saye dah terbuang resit nye masih boleh tebus balik ke... Hmm

Assalamualaikum. Nak bagi sepatah dua kata juga. Saya mula2 beli SSP dulu seawal tahun 2006 kot. Jadi tahun ni dah masuk 10 tahun. Tadi kemas2, terjumpa sijil SSP yg dah lama tak tengok, hmmm...ada RM 8k ++. Kalau cash ni lama dah habis. Yang bestnya, saya pernah cagarkan utk buat Personal Loan dulu. Dah habis bayar pun. So sepanjang 10 tahun ni, adalah beberapa kali dapat Cabutan Hadiah Saguhati, jadilah drpd tak ada. Mana tahu suatu hari nanti dapat BMW idaman kan.

Anyway, siapa nak income tambahan boleh Whatsapp saya di talian 012-8787272, saya peserta ARBA Network, Dealer Public Gold, penyimpan SSP, penyimpan Al Awfar. Cari side income mmg hobi saya sekarang. Byk perkara saya boleh cerita.

Once kita dah beli SSP, nama kita dah ada dalam system SSP tu. Cuba Tanya di kaunter, rasanya dorang boleh check online guna IC No saja. Bila dah confirm ada, terpulang nak minta Hard Copy certificate atau nak tebus jadi cash. Silap2 nama dah naik menang BMW!

This comment has been removed by the author.

Kalau salah tekan kt atm.. G je semula kat bank n ckp kat bdk kaunter tu salah tekan melalui atm.. Duit trs boleh keluar xpyh tgu 45 hari..


EmoticonEmoticon