Jumlah Masa Hari Ini (30 Jun 2015) 24 Jam 1 Saat

Dunia Alami Tempoh Masa Lebih Satu Saat Hari Ini
Pssst! Korang tahu tak? Hari ni special sikit. Pasal tempoh masa hari ni melebihi dari kebiasaan. Jumlah masa yang lebih tu adalah sebanyak 1 saat je. Jam biasa untuk lengkapkan 1 hari ambil masa 24 jam, namun hari ni, 30 Jun, ambil masa 24 jam 1 saat. Unik kan??

Sebab terjadinya lebihan masa 1 saat untuk hari ni, kerana penyeragaman waktu antarabangsa dengan putaran bumi yang mengelilingi orbit. Waktu antarabangsa (UTC) akan ditambah satu saat bertujuan menyeragamkan masa dengan putaran bumi yang mengalami putaran sedikit perlahan.

Tambahan 1 Saat Telah Berlaku Sebanyak 25 Kali
Selama ni tak sedar pun, rupanya kes terlebih 1 saat dalam tempoh sehari ni pernah berlaku sebelum ni. Sebanyak 25 kali lagi tu, bermula tahun 1972. Info: Dunia alami tempoh masa 8232 lebih satu saat pada 30 Jun 2015

jumlah masa hari ini (30 jun 2015) 24 jam 1 saat, dunia alami tempoh masa lebih satu saat hari ini, punca dan sebab terjadinya lebihan 1 saat, gambar jam dunia

Berakhirnya Detik 30 Jun & Bermulanya 1 Julai 2015
Yang sambut birthday 1 Julai tu, kena set masa pengiraan tarikh untuk masuknya tarikh 1 Julai 2015 tu dengan melihat jam 11.59.60 tengah malam berlaku. Bukan seperti kebiasaan, yang hanya akan bergerak ke detik 11.59.59.

Kesan Tambahan 1 Saat Pada Kehidupan Seharian
Penambahan satu saat mungkin tidak terkesan kepada kehidupan seharian orang ramai, namun kepada sistem pengkomputeran, kemungkinan akan mengalami sedikit gangguan.

So, hari ni, kita ada lebih 1 saat dalam sistem 24 jam. 1 saat je pun, tak terasa cepatnya masa berlalu. Selamat berpuasa u olls..

16 comments

Lambatnya masa berlalu ni. Please cepat sikit 1 saat berlalu. hehehe. Lama tak singgah sini.

ZH Blogger

12:00:60 la bukan 12:59:60 hehee tu pukul satu da

yang kebiasaan tu pulak 11:59:60 hehe

tengok sendiri pun pening. tapi 12:59 tu pukul 1

aah kan..patutnya 11.59.60
baru perasan..hihi

ha ni baru betul
On a normal day, the clock moves from 23:59:59 to 00:00:00 the next day. But on June 30, the one minute will have 61 seconds, and the clock will move from 23:59:59 to 23:59:60 before it reaches 00:00:000 on July 1. But most systems just turn off for that one second, NASA said.

gigih google balik info baca tadi http://www.livescience.com/51374-june-30-leap-second-explained.html

so yang betul nye 11:59:59 sblm ni tapi hari ni 11:59:60 hahahah
ok pening

tapi info baru untuk kita

hehehe welcome. ^_^ sebab excited juga pasal 1saat ni dari tadi

makanya hari ni kita merasalah 24 jam 1 saat...lebih sesaat...

bertambah lambat la masa berlalu

baru tau ada jadi macam nih.. hari ni kita akan lalui lebih 1 saat laa kan..

oppsss... saya tag awak di sini http://yangbaik.blogspot.com/2015/06/raya-giveaway-by-rafydahouse.html

segalanya dengan izinNya jua kan Yumida :)


EmoticonEmoticon