Sinopsis Jangan Lafazkan Janji TV1

Sinopsis Drama Jangan Lafazkan Janji TV1
Jangan Lafazkan Janji mengisahkan Anissa (Sharifah Sakinah) anak kepada Ramlah (Aida Aris) seorang tukang jahit di kampung. Anissa tidak dapat menyambung pelajaran di universiti dan keadaan itu menyebabkan dirinya tertunggu-tunggu tawaran bekerja dari syarikat.

Azlan (Afiq Muiz) seorang guru di sekolah telah lama menaruh hati pada Anissa. Namun, ibunya hanya ingin melihat Azlan berkahwin dengan gadis pilihannya iaitu Sofi (Sheera Iskandar). Azlan pernah menyuarakan hasrat hatinya pada Mak Ngah Anissa iaitu Sharifah (Rosnah Mat Aris) untuk merisik Anissa. Namun Anissa berkeras menolak pinangan Azlan.

Cinta Anissa masih tersisa pada rakan sekolahnya iaitu Iskandar (Taufiq Izmir). Semenjak Iskandar masuk universiti, Iskandar sudah jarang menghubungi Anissa. Ini membuatkan Anissa tertanya-tanya sama ada Iskandar telah mempunyai kekasih lain. Rakan baik Anissa iaitu Zurain (Melia Amelia) menyaksikan dengan matanya sendiri kecurangan Iskandar pada Anissa.

Julia (Ardell Aryana) anak orang kaya kepada Nora (Datin Nina Juren) dan ayahnya Badrul (Datuk Eizlan Yusof) sering merasa kurang kasih sayang dalam rumah besar itu. Keadaan itu menyebabkan dia cuba menerima cinta Iskandar. Hubungan cinta Iskandar dan Julia terhalang oleh orang tuanya. Badrul ingin menjodohkan Julia dengan anak rakan baiknya yang kini melanjutkan pelajaran di luar negara.

Rahim (Azhan Rani) ayah Anissa telah lama meninggal dunia. Anissa begitu risau melihat kesihatan ibunya yang kian uzur. Anissa nekad ingin bekarja dan membantu ibunya mencari wang untuk menampung perbelanjaan hidup.

Bagaimana hubungan cinta Anissa dan Iskandar? Adakah Anissa akan menerima lamaran Azlan? Saksikan segalanya dalam drama Jangan Lafazkan Janji di TV1.

Gambar Drama Jangan Lafazkan Janji TV1 
Sinopsis drama Jangan Lafazkan Janji TV1, review drama Jangan Lafazkan Janji, pelakon dan gambar Jangan Lafazkan Janji TV1
Drama Jangan Lafazkan Janji TV1 lakonan Sharifah Sakinah

Saksikan drama Jangan Lafazkan Janji
Hari: Sabtu - Ahad
Jam: 7.00 malam – 8.00 malam
Saluran: TV1


EmoticonEmoticon