Memandangkan kat belakang kuarters kami ni hutan, maka
ramailah nyamuk yang suka bertandang ke rumah kami. Bangun sahur seawal 4.00
pagi. Jerang air, panaskan lauk itu ini. 15 minit lepas tu, tentera nyamuk pun
datang menyerang! Tolonggggg….
Nyamuk kemain banyak! Tangan aktif memukul nyamuk ‘pek! Pek!
Pek!’ sambil menikmati hidangan bersahur. Nak sembur dengan ridsect tapi
makanan dah tersedia hidang atas meja. So menahan diri je la dari kegatalan
digigit nyamuk. Lagipun bersahur kan kejap je. Tapi stress jugak, makan sahur
sambil diganggu nyamuk.
Kalau malam, memang kita orang akan pasang racun nyamuk tu
a.k.a ubat nyamuk. Tenang sikit, nyamuk takde. Kat sini, kalau takde ubat
nyamuk, habis laaa.. Dah macam drakula diorang sedut darah. Hahaha..si nyamuk
gian nak hisap darah!
5 comments
salam singgah sini dik yumida...selamat menjalani ibadat puasa...sama tmpt akak sentiasa berperang dgn nyamuk juga...hihi
habis siapa yg menang? rmai tentera nyamuk 2..hehe
selamat bepuasa dan berperang dengan nyamuk...hihihi
umah cik en pon penuh nyamuk.. hati2 jgn smpai kena denggi
assalamualaikum
singgah pagi jumaat
siape menang nie
EmoticonEmoticon