Selama
ni, aku hanya tahu minuman yang
mengandungi kafein adalah kopi, teh,
milo dan coca cola. Rupanya ada lagi minuman yang mengandungi kafein yang
lebih tinggi. Baru tahu menerusi perkongsian Kevin Zahri
dalam post beliau di Facebook: Panduan
kandungan kafein dalam minuman popular Malaysia.
Kopi sering dikaitkan dengan kafein |
SENARAI MINUMAN MENGANDUNGI KAFEIN
1. Milo 3 dalam 1
Tahukah
korang minuman sachet Milo 3in1 mengandungi kafein. Dengan kadar kafein
serendah 6mg.
2. Teh hijau
Jumlah
kafein sebanyak 25gm.
3. Coca cola
Jangan
tak tau, coca cola pun ada kafein gak, mengandungi sebanyak 40mg kafein.
4. Teh tarik
Minuman
ni yang kita suka. Teh tarik, sedap wooo! Kandungan kafein sebanyak 50mg.
5. Kopi segera
Ni
minuman kegemaran ibu dan ayah kita. My MIL mesti tak jauh dengan kopi. Setiap
hari, mesti ada bancuhan air kopi. Kalau takde kopi, diorang kata rasa lemah je
badan. Kandungan kafein dalam kopi segera adalah 65mg.
6. Minuman bertenaga Red Bull
Minuman
untuk tingkatkan tenaga badan ada 80gm kafein dalam Red Bull tu. Kalau nak
cergas untuk sesuatu aktiviti, minumlah Red Bull.
7. Grande Latte kopi Starbuck
Fuh
tinggi weh kandungan kafein dalam grande latte ni, kafein sebanyak 150mg. Peminat
kopi mesti nak try grande latte kopi ni, super power!
8. Pengambilan 2 pil fat burner
Kedudukan
kafein tertinggi dalam minuman diungguli oleh pil untuk kuruskan badan, pil
pembakar lemak. Dengan kandungan kafein sebanyak 200mg. Pergh tinggi tu! Bila
dah makan pil fat burner tu, rajinkanlah diri bersenam.
CARTA KANDUNGAN KAFEIN DALAM MINUMAN PALING TINGGI
Contoh kafein dalam minuman |
Had Pengambilan Kafein Dalam Sehari
Tahukah
korang, kita tak boleh minum kafein ni dalam kuantiti yang banyak. Ada had
limit pengambilan kafein. Kafein ni sebenarnya bagus untuk kesihatan kita
terutama menyuntik tenaga dalam badan kita. Namun, kalau pengambilannya melebih
had dibenarkan. Ia juga mendatangkan mudarat buat kita.
Had pengambilan kafein bagi orang dewasa setiap hari adalah 400mg kafein. Bersamaan dengan 4-5
cawan kopi biasa. Jadi, berwaspadalah pengambilan kafein. Ambil dalam kuantiti
yang terkawal.
5 comments
ya Allahhh... sy plak suka minum susu tepung everyday ngan milo
yes! cik bell 1 hari setiap pagi kena minum kopi o panas 1 cawan... TQ umi share :)
Sy cuma bf dgn kopi o.tp bila dgn nescafe...sy sakit kpla.huhu
Ooo~ kafein penting jugak la kan~ cuma ada had dia
nak tanya ...horlick kira kafein atau tak ye......
EmoticonEmoticon