Cara Pengiraan Bayar Fidyah Puasa

Skrol kat Facebook tadi, terjumpa info yang menarik cara bagaimana kita nak buat pengiraan untuk bayaran fidyah. Sebelum ni, aku tercari-cari gak panduan cara kira fidyah ni, alhamdulillah..macam ditakdirkan..terjumpa kat FB. Jom baca info fidyah.

Apa itu Fidyah
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya.

Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah wajib.

Cara Kira Fidyah (Beras)
1 gantang baqdad = 2.7 kg
1 cupak beras = 675 gram
atau bersamaan dengan RM 1.80 bagi sehari puasa yang ditinggalkan.

Contoh Pengiraan Bayaran Fidyah Puasa Tanpa Gandaan
Jumlah puasa yang belum sempat diganti: 15 hari
Cara pengiraan bayar fidyah puasa, maksud dan pengertian fidyah, cara kira fidyah (beras dan duit), denda bayar fidyah ganti puasa Ramadhan, contoh pengiraan bayaran fidyah puasa tanpa gandaan, nilai fidyah 1 hari puasa ditinggalkan RM1.80
Kalkulator fidyah boleh rujuk sini: http://e-muamalat.gov.my/kalkulator-fidyah

4 comments


EmoticonEmoticon