Senarai Drama Ramadan 2015 RTM TV1, TV2 & TVi

Sempena Ramadan 2015 tahun ni, pihak RTM Malaysia menyajikan rancangan menarik untuk tontotan umum ketika bulan puasa ni. Jom tengok senarai program khas drama tv sepanjang Ramadan 2015 di RTM TV1, TV2 dan TVi.

Senarai Drama Ramadan 2015 RTM TV1, TV2 & TVi, program tv Ramadan 2015 di RTM, senarai program khas drama tv sepanjang Ramadan 2015
Drama Ramadan RTM 2015 - Ada banyak program tv disajikan di bulan puasa

SENARAI DRAMA RAMADAN 2015 SALURAN RTM TV1, TV2 & TVi

DRAMA : HANYA SUARA – 21 JUN 2015, PUKUL 10.30 PAGI
Sinopsis : Drama kekeluargaan arahan Khir Rahman ini lakonan Khir Rahman, Ungku Hariz, dan Siti Elizad

DRAMA : TEMUKAN AKU PADA RAMADAN – 12 JULAI, PUKUL 10.30 PAGI
Sinopsis : Rabiatul bencikan namanya yang dianggap kuno lalu menukar kepada gelaran Beto. Dia gemar melepak dan membuat perkara yang tidak berfaedah sehingga tidak peduli kepada tuntutan agama. Namun kematian mengejutkan kakaknya yang alim dalam keadaan jenazah yang berseri-seri memberikan kesedaran kepada Rabiatul untuk berubah. Sementara Janet pula, seorang muallaf yang selalu mengurut dengan ibu Rabiatul cuba untuk menghijrahkan kehidupannya yang terseksa dan tidak bahagia kepada kebebasan dan kedamaian. Lakonan Zara Zya, Zain Hamid, Lydiawati

DRAMA : ‘DI HALAMAN RINDU’- 14 JULAI 2015, PUKUL 8.30 MALAM
Sinopsis : Tertekan dengan sikap suaminya Helmi yang asyik merungut dan memperlekehkan tugasnya sebagai seorang suri rumahtangga yang gagal, Masa mengambil keputusan untuk bercuti dan membiarkan Helmi menguruskan hal rumah dan anak-anaknya sendirian. Pelakon : Zamarul Hisyam, Fauziah Gous, Puteri Balqis dan Redzuan Hashim

DRAMA : TULUS SUFI – 15 JULAI 2015, PUKUL 8.30 MALAM
Sinopsis : Kisah Sufi seorang anak gelandangan yang hidup bersendirian setelah kematian ibunya lakonan Nadiya Nisaa dan Puteri Balqis

DRAMA BERSIRI : ‘NUR RAUDAH’ MULAI 17 HINGGA 29 JUN 2015 – PUKUL 8.30 MALAM
Sinopsis : Dibarisi pelakon terkenal seperti Syatilla Melvin, Keith Foo, Arash Mohamad dan Aleeza Syadan.

DRAMA BERSIRI : ‘MENCARI MUBARAK’ – MULAI 30 JUN 2015 HINGGA 12 JULAI 2015 – PUKUL 8.30 MALAM
Sinopsis : Mengisahkan Irfan seorang pemuda yang membesar sebagai seorang yang memberontak akibat dari penceraian ibunya. Namun Irfan berjaya menemui bahagia apabila kembali ke ajaran Islam yang sebenar. Saksikan lakonan Shah Jaszle, Arja Lee, Boy Ngasri, Sari Yant,i Shereen Al, Mimi Lana, Hilal Azman, Zarina Zainuddin dan Mubarak Majid.

DRAMA BERSIRI : ‘HANTU KAMPUNG MANGGIS’ MULAI 27 JUN 2015, SETIAP SABTU DAN AHAD, PUKUL 3.05 PETANG
Sinopsis : mengisahkan pemuda bernama Safar yang menghadapi pelbagai dugaan menjelang Hari Raya lakonan Ramona Zam Zam, Dazrin Kamaruddin, Mohd Izuan Fitri dan Maliki.

DRAMA BERSIRI : ‘JANGAN LAFAZKAN JANJI’ – SETIAP HARI, PUKUL 7.00 MALAM MULAI 9 HINGGA 21 JUN 2015

DRAMA BERSIRI : ‘FAJAR DI BUKHARA’ MULAI 22 JUN HINGGA 17 JULAI 2015 – PUKUL 7.00 MALAM
Sinopsis : Drama bersiri 26 episod yang berlatar belakangkan negara Uzbekistan dan Malaysia. Ia mengisahkan impian perkahwinan Humairah hancur apabila mengetahui Fahim, pemuda yang dicintainya berkahwin dengan Nargiza. Sekembalinya ke tanah air selepas tamat belajar di Uzbekistan, Fahim berkahwin dengan Citra atas permintaan keluarga. Humairah sekali lagi merasa kecewa dan mahu melupakan Fahim lalu menjalinkan hubungan dengan Duan tanpa mengetahui niat sebenar Duan memikatnya. Fahim pula merasa tidak bahagia dengan isterinya lalu cuba menjejak Humairah semula. Ia membariskan pelakon-pelakon seperti Azrel Ismail, Maria Farida, Ainul Aishah, Aziza Halilova, El Azmeer, Mardiana Alwi, Sasha Saidin dan Zizan Nin.

DRAMA BERSIRI ‘MENCARI LUQMANUL HAKIM’ – MULAI 15 JUN 2015, SETIAP ISNIN HINGGA KHAMIS, PUKUL 3.05 PETANG.
Sinopsis : Mengisahkan Luqman baru menamatkan pengajian dari Mesir dan menjadi penceramah serta kaunselor bebas. Sikapnya yang berhemah menyebabkan dia mudah disenangi dan akhirnya menjadi pujaan ramai terutama kaum wanita. Isteri Luqman, Sufiah mula rasa tergugat apatahlagi dia gagal memberikan zuriat untuk Luqman. Luqman berdepan dengan masalah keluarga Maisara, wanita yang mengalami tekanan perasan ekoran sikap suaminya, Herman yang mengamalkan kehidupan bertentangan dengan nilai-nilai keIslaman. Begitu juga dua anaknya yang turut menjejaki sikap Herman. Luqman cuba menyelesaikan masalah dihadapi keluarga Maisara. Lakonan Norman Hakim, Zila Bakarin, Raja Ema, Adrell Aryana, Solehin Rashid dan Wan Maimunah.

DRAMA BERSIRI : BAITUL RAHMAT – MULAI 15 JUN 2015 HINGGA 20 JULAI 2015, SETIAP ISNIN HINGGA JUMAAT, PUKUL 5.30 PETANG
Sinopsis : Berkisar pergolakan adik-beradik Hashim, Hanim dan Husna untuk menjaga ibu mereka, Maimunah yang sudah tua dan semakin uzur. Kerana pentingkan diri, mereka mengambil keputusan menghantar ibu mereka di bawah jagaan rumah orang tua Baitul Rahmat. Ia menampilkan pelakon Engku Fridah, Yatt Hamzah, Azza Elite, Kismah Johar dan Nor Albaniah.

DRAMA : ‘KUKEMIS KASIHMU’ PADA 30 JUN 2015, PUKUL 10.00 MALAM
Sinopsis : Sebuah kisah kekeluargaan yang mengangkat tema kasih sayang dan cinta lakonan Zamarul Hisyam dan Jasmin Hamid.

DRAMA BERSIRI : ‘AWEK MERAH JAMBU’ MULAI 18 JUN 2015 HINGGA 17 JULAI 2015, SETIAP HARI, PUKUL 12.00 TENGAH HARI.
Sinopsis : Ia mengisahkan Nisa yang baru berpindah ke sekolah baharu. Memandangkan Nisa gemar dengan fesyen warna merah jambu, semua kelengkapan sekolahnya turut berwarna merah jambu membuatkan Nisa mudah menjadi perhatian pelajar lelaki. Nisa yang aktif dengan aktiviti masjid di sekolahnya mula didekati Qayyum, seorang pelajar lelaki yang menjadi kegilaan ramai hingga menimbulkan fitnah dan dipanggil pihak pengurusan sekolah. Drama bersiri ini dibintangi oleh Aisya Hasnaa, Syazwan Zulkifli, Elfaeza Ulhaq, Syuhaidah Azraz dan Sherry Merlis.

DRAMA BERSIRI : ‘FAJAR DI BUKHARA’ MENGISI SLOT PRIMA-i MULAI 15 JUN HINGGA 18 JULAI 2015, SETIAP ISNIN HINGGA JUMAAT, PUKUL 9.00 MALAM
Sinopsis : Drama bersiri 26 episod yang berlatar belakangkan negara Uzbekistan dan Malaysia. Ia mengisahkan impian perkahwinan Humairah hancur apabila mengetahui Fahim, pemuda yang dicintainya berkahwin dengan Nargiza. Sekembalinya ke tanah air selepas tamat belajar di Uzbekistan, Fahim berkahwin dengan Citra atas permintaan keluarga. Humairah sekali lagi merasa kecewa dan mahu melupakan Fahim lalu menjalinkan hubungan dengan Duan tanpa mengetahui niat sebenar Duan memikatnya. Fahim pula merasa tidak bahagia dengan isterinya lalu cuba menjejak Humairah semula. Ia membariskan pelakon-pelakon seperti Azrel Ismail, Maria Farida, Ainul Aishah, Aziza Halilova, El Azmeer, Mardiana Alwi, Sasha Saidin dan Zizan Nin.

Yeah, ada tarikhnya sekali. Mudah nak tengok kat tv kelak. Ada pengisian rancangan tv menarik bulan puasa ni. Ada beberapa drama Ramadan kat atas yang aku dah tengok. Kalau u olls free dan boring-boring tu, boleh la layan drama Ramadan yang dijadualkan macam kat atas. Semestinya, RTM akan menyajikan program tv Ramadan 2015 yang terbaik untuk penontonnya. Salam Ramadan Al Mubarak.

1 comments so far

wahhh bestnya banyak drama tp tak tahu la dpt tgk ke tak.. sbb sempat layan DILB


EmoticonEmoticon