Alhamdulillah,
baru je balik bercuti dari kampung Selasa lepas. Dengan tempoh percutian selama
seminggu lebih. Rasa agak lama. Kalau dulu, nak balik kampung cuti 2 minggu.
Tapi tempoh seminggu lebih tu pun dah rasa lama. Tak ada planning pergi mana-mana,
melainkan pergi kenduri kahwin.
Ada
sesetengah blogger, bila balik bercuti mereka akan buat penjadualan entry. Buat
auto publish artikel blog. So, dengan cara ni akan menampakkan blog mereka
berupdate setiap hari. Korang pula
bagaimana? Adakah buat auto publish jugak ataupun membiarkan blog anda bercuti
begitu sahaja?
Kalau
ikut pengalaman aku, aku sedaya upaya untuk buat penjadualan entry. 1 hari 1 entry bagi tempoh sepanjang
aku bercuti tu. Cabaran besar bagi aku, bila nak cari topik apa yang perlu
dimasukkan sepanjang aku bercuti tu. Bayangkan korang, kalau aku bercuti selama
2 minggu, means 14 hari. So, ada 14 entry yang aku kena siapkan.
Huhuhu..mencabar woo. Ada kalanya otak blank, tak tahu nak masukkan info apa
dalam blog.
Malah,
berdasarkan pengalaman aku, pernah jugak aku membiarkan blog aku bersarang selama 4-5 hari, gara-gara
kebuntuan idea tak tahu nak update blog pasal apa. Sebelum bercuti pun, kita
dah sibuk nak packing barang, kemas rumah. Apatah lagi semasa bercuti, takde
masa nak mengemaskini artikel blog. Last-last, blog pun bercuti jugak, macam
tuannya. Hihi..
Tapi,
aku sangat-sangat kagum sesetengah blogger. Yang sentiasa update entry blog
mereka setiap masa. Tak kira ketika sibuk bekerja, bercuti, balik kampung dan
sebagainya. Sentiasa ada kisah menyusul di dada blog mereka. Blogger yang jenis rajin. Blogger contoh.
Cer
citer kisah korang pulak cara urus blog ketika korang bercuti balik kampung.
Cemana tu??? Jom story sikit..
6 comments
kalau sy trbiar macm 2 jer.. huhuhu
HII, WIFI SUDAH PULIH, hhee~ bole blogwalkinggg
well..nona memang akan buat entri,,tp kalau dah tkde idea sgt, nona juz share wordless or... giveaway...or... quotes everydayyy ~ hahaa..thats all.tQ
Kalau mimi biar je centu. Hihi. Sebab bila balik kampung memang tak sempat nak update entri apatah lagi nak sentuh belog.
nory ikut pada idea...kalau sebelum cuti tu banyak idea, bolehlah buat entry autopublish sesiap, kalau tak, terpaksa bersarang lah..hehehe
Kalau internet laju kt kg,kebiasaan sy akn share apa yg sy baca kt majalah dlm blog..mcm tips,petua dll..walau ringkas tp berupdate la tiap hr:-) tp kdg miss jgk kalau pnykt M dtg..hihi
Kalau internet laju kt kg,kebiasaan sy akn share apa yg sy baca kt majalah dlm blog..mcm tips,petua dll..walau ringkas tp berupdate la tiap hr:-) tp kdg miss jgk kalau pnykt M dtg..hihi
EmoticonEmoticon