Apa Menu Sahur Anda Puasa Hari Pertama?

As salam, moga semuanya sihat walafiat. Alhamdulillah, hari ni merupakan hari pertama kita berpuasa di bulan Ramadhan 2015. Semalam awal-awal aku dah set jam 4.00 pagi. Sempat masak nasi, jerang air, bancuh air Vico, goreng ikan masin. Panaskan beberapa lauk yang tak sempat dihabiskan malam semalam. Jimat!
Apa Menu Sahur Anda Puasa Hari Pertama? lauk sahur, bangun sahur puasa ramadhan 2015, gambar sahur
Untuk bangun 4.00 pagi tu, takde la sesukar mana. Sebab sebelum-sebelum ni pun, diri aku dah kena set, bangun untuk buang air kecil setiap awal dini hari. Hihihi.. Cuma part nak makan tu je la, kurang berselera di awal pagi. Lepas tu, cuba minum air kosong sebanyak mungkin, untuk cover sepanjang hari berpuasa hari ni. Makan kurma sebijik.

Orang kata, puasa hari pertama merupakan hari mencabar. Sebab perut sedang beradaptasi untuk berpuasa dari menjamah sebarang makanan. Kriok kriok. Sabar ye…kuatkan iman. Malah jangan lupa jaga perilaku dan juga tangan kita, jangan sampai terbatal puasa.

Apa Menu Sahur Anda Puasa Hari Pertama? lauk sahur, bangun sahur puasa ramadhan 2015, gambar sahur

Apa menu istimewa korang bersahur hari ni? Cer share. Mana tahu, nak buat menu tu untuk bersahur esok hari. Selamat berpuasa. Tingkatkan amalan ibadah dan kebajikan di bulan Ramadhan Al Mubarak.

4 comments

Salam ramadhan yumida.. menu sahur simple je.. lebih lauk malam semalam.. hehe..

Salam ramadhan...singgah sini dari segmen blogwalking misya...menu sahur zura tadi kopi & roti telur je...sama la kita,susah skit nak berselera makan waktu sahur ni...


EmoticonEmoticon