Selepas
insiden Azwan Ali dan peminatnya, baru aku tahu pasal kewujudan Me’nate Steak Hub - tempat makan
penggemar stik di Kuala Lumpur. Bestnye, kalau dapat ke sana saat ni. Nak jugak
berbuka puasa kat Me’nate Steak Hub.
Merasai stik-stik yang sedap giler. Telan air liur jap! Gulp!
Korang
pernah makan kat Me’nate Steak Hub? Untung
la sesiapa yang pernah berkesempatan makan kat sana. Cara masakan stik terbaik,
sedap! Menyelerakan! Tengok gambar pun dah buat aku naik selera. Sabar…sabar…tengah
puasa…
Senarai Menu Makanan & Harga Per Kepala Di Me’nate
Steak Hub
SET A
Hidangan
daging stik angus, rusuk daging lembu, rusuk daging bebiri atau raghost, pasta
aglio olio dan salad.
HARGA:
serendah RM75 seorang
SET B
Hidangan
daging bebiri bahagian paha, rusuk dan batang pinang serta pasta aglio olio dan
salad.
SET C
Hidangan
ikan salmon, siput sudu, udang putih, kekapis atau isi ketam bersama pasta
aglio olio dan salad.
HARGA:
RM100 seorang
SET D
Hidangan
daging lembu wagyu, daging yang amat berkualiti serta bahagian rusuknya.
HARGA:
RM150 seorang
Setiap
set di Me’nate Steak Hub turut menyediakan
juadah kurma, buah-buahan, sup, pilihan nasi iaitu nasi beriani, dal atau
tomato dan air secara percuma. Malah pelanggan dibenarkan untuk membawa pulang makanan yang tak habis dimakan. Best kan?
Berbaloi kita bayar set tu, lepas tu dapat tapau kalau tak dapat habiskan.
Kredit
foto Menate
steak hub
Facebook
Me’nate Steak Hub: www.facebook.com/MenateSteakHub
Instagram
Me’nate Steak Hub: @menatesteakhouse
Teringin
pulak aku nak makan kat Menate
steak hub. Menikmati hidangan stik yang super duper enak dan menyelerakan. Nyum
nyum…
9 comments
tak pasal² dah popular dah kedai makan ni kan
ahaha itu la pasal. popular terus. rezeki deme la tu. Sedap steak tapi mahal sgt hrga dia
singgah ptg
memang viral jadinya me'nate steak hub ni...
teringin jugak sebenarnyaaaa.....
huwaaaaa
akak selaku hantu steak wajib menjamu selera di sini satu hari nanti.. he he
nad pun teringin makan kat sini
jauh nun..bila nk pi sana mkn heheee..pengan ooo..hehee
EmoticonEmoticon