Konsert Pengenalan Gegar Vaganza

Konsert Pengenalan Gegar Vaganza telah pun berlangsung malam semalam. Tema Konsert Pengenalan Gegar Vaganza iaitu THROWBACK lagu-lagu lama dan lagu tersebut pernah menjadi hits suatu ketika dahulu. Pembukaan Konsert Gegar Vaganza diserikan dengan persembahan artis jemputan Aweera (Bunga Angkasa). Diikuti oleh persembahan Tomok (Andai Dapat Ku Undurkan Masa). Seterusnya, persembahan Kaka Azraf (Matahari). Juga diserikan juga dengan persembahan pengacara Konsert Gegar Vaganza iaitu Nabil dan Jihan (Paling Comel).

Komen aku bagi Konsert Pengenalan Gegar Vaganza ni, semua memberikan persembahan terbaik. Lagu hits yang mengimbau kembali zaman aku sekolah rendah dan menengah. Berikut merupakan senarai lagu yang disampaikan oleh penyanyi senior Gegar Vaganza bagi konsert pengenalan semalam.

Senarai lagu Konsert Pengenalan Gegar Vaganza 2014
Nadia – Salam Untuk Kekasih
Mamat (Exist) – Rahsia Pohon Cemara
 Rahmat (Mega) – Sekuntum bunga Sakura Di Gurun Sahara
 Hasnol – Laguku Untukmu
Fazli Zainal - Harapan
 Sam (Innuendo) – Belaian Jiwa
 Ayai (Ilusi) – Segalanya Ku Terima
 Haleeda – Setia Kasih
 Shima – Teringin
Sharifah Zarina – Langit Ke 7
 Ifa Raziah – Ser Ser Ser
 Adilla – Bukan Aku Tak Cinta

Tahniah buat 12 peserta Gegar Vaganza yang telah menjayakan Konsert Pengenalan Gegar Vaganza. Komen juri-juri pun positif je semuanya. Untuk konsert pengenalan ni, tiada penyingkiran dilakukan. Teruja nak tahu lagu Konsert Gegar Vaganza Minggu 1 iaitu minggu hadapan. Lagu apakah yang bakal mereka bawakan. Adakah lagu tersebut mencabar vokal mereka ataupun tidak, sama-sama kita nantikan.

Konsert Pengenalan Gegar Vaganza, tema lagu THROWBACK Konsert Pengenalan Gegar Vaganza, persembahan peserta Gegar Vaganza di konsert pengenalan, tiada tersingkir Konsert Pengenalan Gegar Vaganza, artis jemputan Tomok, Aweera, Kaka Azraf.

Info:

Pengacara Gegar Vaganza
Nabil Ahmad
 Jihan Muse

Juri Konsert
Pengenalan Gegar Vaganza:
Datuk Ramli MS
Datuk Khadijah Ibrahim
Mamat Khalid

Saksikan Konsert Gegar Vaganza
Tarikh Konsert Pengenalan Gegar Vaganza: 16 November 2014
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Maya HD 135

6 comments

Tak sanggup tengok Ifa Raziah

Ok jugaklah dia orang except for...he..he..nway my favorite goes to rahmat (ewal still no 1) he..he

Best! Ifa Raziah jer azab! Tapi kalau live lagi best!

Menggegarkan industri hiburan kita :)


EmoticonEmoticon