Bayaran Bil Astro Naik RM5 Untuk Saluran HD

Bayaran Bil Bulanan Astro Naik RM5 Mulai 1 Disember 2014

Sekali lagi, bil Astro meningkat naik! Memang naik je bayarannya, turunnya tidak. Kali ni dengan jumlah bayaran sebanyak RM5.00. Fuh banyak tu! Caj RM5 ni dikenakan buat pelanggan yang melanggan pakej siaran HD. Memandangkan kat rumah, kami melanggan pakej Astro PVR yang ada pakej sekali dengan HD ni, nak tak nak, kena la bayar jugak.

Bil Astro naik, bil Astro mahal, Bayaran Bil Astro Naik RM5 Untuk Saluran HD, Bayaran Bil Bulanan Astro Naik RM5 Mulai 1 Disember 2014, sebab bil Astro naik, bayaran langgan Astro, 8 saluran HD di Astro

Harga bil bulanan Astro yang naik sebanyak RM5 ni, akan dikuatkuasa bermula 1 Disember 2014. Bulan depan baru ada bayaran tambahan RM5 ni. Menerusi notis rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Astro, caj tambahan sebanyak RM5 akan dikenakan pada bil bulanan pelanggan/ pengguna Astro yang melanggan perkhidmatan siaran berdefinisi tinggi (HD) berkuatkuasa mulai 1 Disember 2014. Kenaikan bayaran bil Astro RM5, berikutan proses naik taraf perkhidmatan Astro HD dengan tambahan 8 Saluran HD terbaru mulai 16 November 2014.
Sumber: 
Harga Bil Bulanan Astro Naik Lagi RM5 Mulai 1 Disember 2014 

Bil Astro naik, bil Astro mahal, Bayaran Bil Astro Naik RM5 Untuk Saluran HD, Bayaran Bil Bulanan Astro Naik RM5 Mulai 1 Disember 2014, sebab bil Astro naik, bayaran langgan Astro, 8 saluran HD di Astro

Kalau rumah korang ada langgan pakej HD, Astro Beyond, kena kumpul duit bulan depan. Kasi tambah RM5 lagi dalam bil Astro. Memandangkan tv rumah aku jenis LCD, aku akui kualiti gambar kurang menarik. Bila tengok siaran berdefinisi tinggi HD di saluran 134,135,392,393, 431,432,721,711 dan kesemua channel yang ada HD ni, memang puas hati! Terang giler gambar. Cuma tu la, naik lagi bil Astro sebanyak RM5. Hmm..makin nipis wallet. Mungkin akan datang akan naik lagi dan sentiasa naik bil Astro. Apa pun kita tengok nanti, perkembangan tambahan saluran HD ni. 

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

9 comments

asyik naik harga je. servis sama xberubah.

Tak langgan pun HD..tv kotak biasa tu je

Naik lagi lagi dan lagi ..tapi org tetap akan bayar huhuhu............

Naik lagi..aduhai...nak tengok tv pun susah betul..heheh

Mok sik mok mesti bayarlah. Nak nangga cita best punya pasal. Heheh.


EmoticonEmoticon