“Sebab iklan itu, saya kehilangan kontrak produk kecantikan
bernilai hampir setengah juta. Jadi saya kena ambil tindakan,” kata pelakon dan
pengacara popular Rozita Che Wan mengenai keputusannya mengemukakan notis
tuntutan kepada pihak yang menggunakan nama dan wajahnya tanpa kebenaran pada
iklan dua produk kecantikan.
Rozita atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar @ Che Wan, 43,
mengambil tindakan itu kerana mengalami kerugian selepas kehilangan kontrak
sebagai duta satu produk kecantikan bernilai hampir RM500,000, baru-baru ini.
Rozita Che Wan
Difahamkan, pihak ketiga yang berhasrat melamar Rozita Che
Wan sebagai duta produk membatalkan rancangan itu kerana mereka menyangka
aktres terbabit sudah terikat dengan dua produk berkenaan.
Rozita Che Wan berkata, dia mengambil keputusan menghantar
notis tuntutan kepada pihak tidak bertanggungjawab yang dirahsiakan identiti
itu kerana gagal menurunkan iklan daripada pelbagai platform promosi selepas
diminta berbuat demikian sebelum ini.
“Saya sudah beri mereka tempoh dan tunggu dua
hingga tiga bulan. Pengurus saya juga pernah menghubungi dan cuba berunding
dengan ejen jualan produk itu untuk turunkan nama dan wajah saya. Namun, tiada
apa-apa tindakan daripada mereka. Jadi saya menerusi peguam akan hantar notis
menuntut mereka turunkan iklan itu dalam masa 14 hari atau berdepan tindakan
seterusnya,” - Rozita Che Wan
Harian Metro pada Khamis lalu melaporkan Rozita Che Wan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyalahgunakan nama dan wajahnya mempromosikan dua produk kecantikan termasuk satu produk membesarkan payudara.
Harian Metro pada Khamis lalu melaporkan Rozita Che Wan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyalahgunakan nama dan wajahnya mempromosikan dua produk kecantikan termasuk satu produk membesarkan payudara.
Sumber: Harian Metro
RM500,000 memang jumlah yang besar. Moga kes ni menemui jalan
penyelesaian terbaik antara Rozita Che Wan dan syarikat berkenaan.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
8 comments
Kaya lah rozita lps ni klo dpt saman org2 tu
Kesian Che Ta
Tu lah.. kesian Che Ta.. Ada orang ambil kesempatan ke atas kecantikkan dia..
Kesian nya..
Fuhhhh..
Kesiannya kat Che Ta.. Klu menang saman nih, kaya laa dia..
bukan jumlah yg sikit tu
Assalamualaikum dik Yumida...banyak tu jumlahnyer...kesian jugak kat Rozita Che Wan ni kan...