Kim Kardashian bercuti di Phuket, Thailand

Pernahkah korang menonton rancangan realiti yang memaparkan kisah kehidupan sebenar keluarga selebriti? Keeping Up With The Kardashians merupakan salah satu program tv yang aku gemari. Suka pada Kim Kardashian yang sentiasa memberi komitmen dalam kerjayanya. Suka pada aura Kourtney Kardashian yang sentiasa positif dalam kehidupannya. Suka pada personaliti Kris Jenner, yang sentiasa memberi sokongan akan karier anak-anaknya. Dalam keluarga Kardashian, Kim Kardashian yang paling menonjol. Cantik, berjaya, beri komitmen yang baik dalam kariernya. Terkini dikatakan Kim Kardashian telah pergi ke Phuket, Thailand untuk percutian sambil membuat program amal bersama anak yatim. Jom baca…

Kim Kardashian derma mainan di Phuket, Kim Kardashian bercuti di thailand
Kim Kardashian

Dalam sibuk merancang majlis perkahwinan di Paris, Perancis bulan depan, Kim Kardashian dan keluarganya meluangkan masa mengunjungi rumah anak yatim di Phuket, Thailand, ketika bercuti di pulau peranginan berkenaan. 

Tidak muncul dengan tangan kosong, sebaliknya ibu kepada seorang bayi itu dikatakan membawa banyak hadiah berupa permainan sebagai buah tangan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik itu. Ditemani bayinya yang baru berusia sembilan bulan, North West, serta ibu, Kris Jenner, dan adik-beradiknya, mereka memperuntukkan masa beberapa jam melayani penghuni rumah kebajikan Home & Life itu. Bekas suami ibunya, Bruce Jenner, dan anak lelakinya, Brody, turut menyertai aktiviti di rumah terbabit selain membantu melukis mural di dinding bersama-sama kanak-kanak yang kelihatan riang. 

“Suasana nampak menyeronokkan. Kanak-kanak itu sangat menyenangi Kim Kardashian dan keluarganya walaupun masing-masing tidak tahu siapa mereka. Kanak-kanak itu sangat menyukai hadiah dibawakan mereka. Keluarga Kardashian sangat pandai mengambil hati mereka dengan melayani dan bermain bola bersama-sama,” kata sumber mengenai lawatan yang turut dirakamkan untuk program Keeping Up With The Kardashians.
Sumber: Berita Harian
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

7 comments