Drama Korea 3 Days raih 240 juta penonton di China

Sesiapa yang meminati drama Korea, sure mengikuti drama bersiri 3 Days | Three Days ni di tv. Cerita ala-ala konspirasi mengenai pihak keselamatan, detektif dan misi pembunuhan presiden. Kalau kat Malaysia, drama 3 Days masih di awal episod. Tapi di China, khabarnya drama 3 Days ini mendapat sambutan hangat! Malah ditonton berulang-ulang kali!

3 Days drama korean, gambar drama 3 Days, pelakon 3 days, 3 days diminati penonton di China, 3 days raih 240 juta penonton china
Drama Korea 3 Days | Three Days diminati penonton China

Drama 3 Days | Three Days yang dibintangi  Park Yoochun nampaknya bukan sekadar memperoleh jumlah tontonan tertinggi di Korea Selatan tetapi ia juga menjadi drama nombor satu di negara China. Menurut laporan portal Youku, drama 3 Days mengenai kisah detektif ini telah ditonton sebanyak 180 juta kali pada 9 April lalu. Drama 3 Days meraih angka tontonan yang sangat besar meskipun ia baru ditayang separuh daripada 16 episod.

Drama 3 Days ini juga ditonton sebanyak 68 juta kali di laman web Tudu menjadikan ia memperoleh tontonan daripada masyarakat China sebanyak 240 juta penonton.
Sumber: Mstar

Nak tahu barisan pelakon yang membintangi 3 Days?
Pelakon 3 Days:
Park Yoochun - Han Tae-kyung
Son Hyun-joo - Lee Dong-hwi, President of South Korea
Park Ha-sun - Yoon Bo-won, police constable
So Yi-hyun - Lee Cha-young, SWAT team agent
Choi Won-young - Kim Do-jin
Yoon Je-moon - Shin Kyu-jin, chief presidential secretary
Jang Hyun-sung - Ham Bong-su, chief of the Presidential Security Service
Kwon Min as chief of the Situation Center
Seo Gun-woo
David No - Ahn Gyeong-nam

So, tahniah diucapkan buat team yang menjayakan drama 3 Days ni. Tak sabar nak saksikan ending drama ni.

Saksikan drama Korea: 3 Days | Three Days
Jumlah episod 3 Days: 16
Saluran: Astro ONE HD 393
Hari: Rabu dan Khamis
Jam: 9.00 malam

12 comments

Episod latest minggu tok makin best! ;D Sik sabar mok tgk next week..

wahh macam best tapi saya tak suka tengok drama hehe. malaih nak tunggu satu2 episod >.<

Kena tengok kalau macam ni ;)

layan juga..
baru lg mcm x bapa best lg lah..tggu ckit lg nti mesti happening lah :)

tak tgk drama nie sbb tak minat sgt pelakon dia..hehe..before drama nie,my love come from the star pon famous kat china..rasanya lagi famous dri drama nie hhehe

Wahhhh.Kena tengook ni macam beestt jee hehee.banyak tu 240 Juta penonton :B
NEW ENTRY: Mengumpat

Ala..xdpt tgok sbb xd astro beyond

citer mmg best sgt.. siasat sana.. siasat sini.. minat sgt Fiza cite cm nie...

Saya tak sempat nak mengikutilah citer ni...

fuyooo.. lama xtgk drama korea ~~~~~


EmoticonEmoticon