Beri peluang pada Hanez Suraya

Heboh sebelum ini apabila Hanez Suraya dikaitkan dengan kontroversi bercinta dengan suami orang. Setiap hari ada sahaja kisah HanezSuraya dipapar di dada media. Namun, kehadiran berita tragik dari pesawat MAS MH370, sedikit sebanyak meredakan isu kontroversi berkenaan. Tapi kini, timbul kembali apabila Hanez Suraya diugut dengan ancaman. Hmmm…kesian pulak aku tengok. Setiap orang pernah melakukan kesalahan. Yang lepas, jadikan pengajaran buat kita bersama.

Kesan kontroversi terhadap Hanez Suraya, gambar Hanez Suraya, Hanez Suraya bercinta dengan suami orang, kontroversi Hanez Suraya, Beri peluang pada Hanez Suraya
Gambar Hanez Suraya
Nama sebenar Hanez Suraya: Hanez Suraya Abd Aziz
Umur: 29 tahun

Hanez Suraya kini mempunyai seorang pengawal peribadi selepas dia diancam dibaling selipar dan dilempar telur kerana kontroversi bercinta serta berkahwin dengan kekasihnya, Romie yang merupakan suami orang.

Dikecam dan ditohmah pelbagai kata-kata nista orang ramai, terutamanya kaum wanita, Hanez Suraya akui tertekan dan tidak percaya dengan hakikat tersebut. Termanggu-manggu dan menyepikan diri seketika, fikirannya ligat memikirkan kejadian yang berlaku. Selama 10 tahun membina nama dan mula disukai orang ramai, namanya terus jatuh dek kontroversi tersebut. Lalu, air mata mengalir tanpa dapat ditahan-tahan.

"Memang saya akui pernah menangis ketika mula-mula kontroversi ini melanda. Sebabnya, selama 10 tahun menjadi pelakon dan dilantik sebagai duta produk, saya meraih kepercayaan peminat. Namun, semua itu tidak lagi mereka nampak setelah kontroversi ini terjadi," luah Hanez Suraya kecewa apabila kontroversi yang melanda melenyapkan rasa minat peminat kepada dirinya.

Apa yang boleh dilakukannya, akui Hanez Suraya, dia perlu berusaha bangkit semula untuk menjernihkan semua kemelut itu. Dia juga sedar, perkara yang terjadi mempunyai hikmah di sebaliknya. Dalam industri ini, kalau tidak belajar sabar, mungkin sudah lama saya mengundur diri. Saya sangat sayangkan karier lakonan saya," tutur Hanez Suraya sambil berharap agar dirinya kembali meraih kepercayaan peminat.

Bagaimanapun Hanez Suraya memberitahu, kini dia berasa lega kerana sedikit demi sedikit peminat mula menerimanya kembali. Malah, di laman sosial Instagramnya juga tidak lagi banyak kata-kata caci dan nista daripada orang ramai, sebaliknya kata-kata semangat kepadanya.
Sumber: Kosmo Online

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

9 comments

bagi peluang supaya die sedar..

Macam2, dulu bkn main belagak lg.........'

moga dia sedar akan kesilapannya

Kesiann..

harap dia sedar ats kesilapan dia...

Assalamualaikum dik Yumida...kesian jugak kat Hanez...